• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Jepun Kemas Kini 7 Komponen YZF-R3 ABS (2019), di Pasaran Jun Ini

Yamaha Jepun Kemas Kini 7 Komponen YZF-R3 ABS (2019), di Pasaran Jun Ini

May 10, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

308
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Co Ltd melakukan kemas kini signifikan pada sportbike YZF-R3 ABS yang akan mula dijual di pasaran Jepun bermula 10 Jun nanti. Sama seperti YZF-R25 ABS yang diperkenalkan Mac lalu, sportbike ini turut menerima pembaharuan lebih sporty untuk keselesaan tunggangan harian menerusi penambahbaikan aerodinamik dan suspensi dipertingkat.

Di Jepun, YZF-R3 ABS ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Metallic Blue (biru metalik), Matte Red (hitam kusam) dan Metallic Red (merah metalik) pada harga ¥675,000 (RM25,500). Berikut komponen yang dikemas kini Yamaha Motor Jepun:

BACA >>> Yamaha YZF-R3 (2019) Baharu Tampil Radikal dan Menggiurkan

1. KOWL DAN VISOR PENGADANG ANGIN

Kowl depan dan visor pengadang angin dikemas kini untuk meningkatkan ciri aerodinamik. Kowl depan mempunyai struktur tiga dimensi (3D), dipanggil cross-layered wing (sayap lapis bersilang), yang berfungsi mengurangkan rintangan angin dengan mengalirkannya ke belakang.

Rekabentuk dihasilkan untuk menyejukkan enjin dengan membetulkan udara sekitar badan kenderaan. Ciri aerodinamik ini mengurangkan beban ke atas penunggang akibat rintangan angin.

2. REKABENTUK TERKINI DAN PELINDUNG TANGKI MINYAK BAHARU

Posisi hendal 22mm dan kedudukan atas tangki minyak direndahkan 20mm yang memudahkan penunggang mendapatkan postur badan ke depan ketika menunggang atas laluan lurus di trek. Posisi ini juga menawarkan cengkaman lutut tinggi ketika mengambil selekoh. Selain itu, lebar kiri dan kanan tangki minyak ditingkatkan 31.4mm, tetapi saiz tangki minyak kekal 14 liter.

BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?

3. SUSPENSI TERBALIK (USD)

Penggunaan suspensi depan terbalik (USD) dengan tiub dalaman diameter 37mm mengoptimumkan kekuatan redaman, manakala nisbah spring memberikan kekuatan imbangan, terutama ketika membrek dan melayan selekoh. Penggunaan damper jenis katrij menawarkan keseimbangan selesa dan sporty.

4. POSISI DUDUK SPORTY UNTUK TUNGGANGAN HARIAN

Hendal berasingan pada posisi di bawah hendal menyumbang kepada keselesaan tunggangan harian dan sporty pada masa sama. Seperti mana model terdahulu, tinggi pelana kekal rendah untuk posisi tunggangan selesa selain mengelak keletihan apabila menunggang jauh.

BACA >>> Yamaha Sedang Bangunkan Enjin Turbo Kembar, Lakaran Paten Didedahkan

5. PANEL METER CERAH DAN JELAS

Bahagian kluster meter menggunakan LCD penuh untuk paparan lebih jelas. Takometer jenis graf bar definisi tinggi (HD) memberikan pengalaman tunggangan lebih mengujakan, dengan maklumat indikator gear dipaparkan jelas selain menyerlahkan imej lumba.

6. LAMPU LED

Lampu depan LED kembar mirip model-model siri R memberikan penampilan agresif. Tambahan lohong tengah mengingatkan kita kepada identiti YZR-M1.

BACA >>> Marquez Berbisa di Laman Sendiri, Masalah Jentera Buat Quartararo Tersingkir

7. TAYAR RADIAL UNTUK PENGENDALIAN LEBIH RINGKAS, TANGKAS

Pilihan tayar radial memberikan cengkaman cemerlang dan rintangan seretan rendah (lebar depan, 110mm / belakang 140mm) ,serta menyumbang kepada pengendalian lebih ringan dan tunggangan selesa.

SUMBER: BikeBros

Related

308
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), roda2, sportbike 250cc, Yamaha, Yamaha Motor Co. Ltd, Yamaha YZF-R3 (2019), Yamaha YZF-R3 ABS

Comments

  1. Man says

    May 11, 2019 at 3:45 AM

    Yamaha r25 have many problems..I very disappointed.. valve problem..I hope Yamaha must do something's for this matter..tq

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
    Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev