Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha India Tayang Ray ZR Street Rally 125 yang Patuh BS6, Lebih Berkuasa
Roda2

Yamaha India Tayang Ray ZR Street Rally 125 yang Patuh BS6, Lebih Berkuasa

Han OthmanBy Han Othman24/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor India baru-baru ini mendedahkan model skuter baharu, Ray ZR Street Rally 125 bersama Ray ZR 125 yang akan dilancarkan  pada Januari 2020.

Rekabentuk keseluruhan Ray ZR Street Rally 125 mirip Cygnus Ray ZR 125, tetapi diberikan beberapa perubahan minimal supaya tampak lebih sporty dan lasak. Model skuter ini ditawarkan dalam dua skema warna: Olive Green (hijau) dan Blue (biru) berserta rekaan grafik sporty

BACA >>> TVS Jupiter Grande Lancar di India, Skuter 100cc Pertama India Ada Bluetooth

Juga ada panel badan sisi kemasan aluminium dan gad tangan penuh pada grip hendal yang menyerlahkan lagi penampilan unik dan rugged!

Bahagian roda menggunakan tayar dwi-guna Maxxis yang membalut rim 12 inci di depan 10 inci di belakang. Suspensi belakang dipasangkan spring tunggal berwarna merah supaya kontras dengan warna badan.

Panel intrumen memaparkan spidometer, takometer, dan odometer serta tolok minyak, termasuk lampu indikator untuk beberapa maklumat penting tentang kondisi semasa motosikal.

Ray ZR Street Rally 125 dijana enjin silinder tunggal 125cc penyejukan udara dengan teknologi Yamaha Blue Core yang patuh syarat emisi BS6, berkuasa 8.2hp dan tork 9.7Nm, manakala transmisi jenis automatik CVT. Di pasaran India, skuter ini akan bersaing dengan Aprilia SR125 Storm.

BACA >>> Jualan Hero Splendor Merosot, Tapi Masih Nombor 1 di India

GALERI
Moped roda2 skuter Yamaha Motor India Yamaha Ray ZR 125 Yamaha Ray ZR Street Rally 125
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta Care On Wheels
Auto Terkini

Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

27/03/2026
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

24/03/2026
Auto Terkini

Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

23/03/2026
Triumph Daytona 660 2026
Roda2

Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

19/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.