Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha FZR250R (1990), 4-Silinder vs YZF-R3 (2019), 2-Silinder: Siapa Paling Berkuasa?
Roda2

Yamaha FZR250R (1990), 4-Silinder vs YZF-R3 (2019), 2-Silinder: Siapa Paling Berkuasa?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/08/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ARTIKEL ini bakal menjawab persoalan tentang trenkuasa manakah yang lebih berkuasa antara enjin 4-silinder 250ccc vs 2-silinder 320cc, menurut tunggang uji dilakukan Young Machine.

Menurut majalah motosikal popular Jepun itu, kedua-dua enjin daripada generasi berbeza, iaitu Yamaha FZR250R (1990) dan Yamaha YZF-R3 (2019). R3 bolehlah dianggap sebagai cucu kepada FZR.

BACA >>> YZF-R3 Debut dengan Seragam Monster Energy Yamaha MotoGP

FZR VS R3, SIAPA PALING BERKUASA?

Bagaimanakah perasaan menguji enjin 29 tahun dengan enjin baharu. Sebagai makluman, FZR250R dijana enjin 4-silinder 250cc dengan karburetor Mikuni BDS2600 berkuasa 43hp @ 16,000rpm dan tork 24.5Nm @ 12,000rpm.

Menariknya, enjin FZR250R mampu meligatkan rev hingga 18,000rpm dengan sudut miring kepala silinder 45º. Rekabentuk sedemikian dikatakan bertujuan menetapkan graviti pusat supaya lebih hampir kepada tanah. Nisbah mampatan pula 12:1.

Yamaha turut menggunakan casis deltabox aluminium dengan paip ekzos teknologi EXUP (Exhaust Ultimate Power Valve) untuk mendapatkan tork dan kuasa seimbang.

Cucunya pula, R3, menggunakan enjin 2-silinder 320cc berkuasa 40hp @ 10,750rpm dengan tork 29.4Nm @ 9000rpm. Atas kertas, jelas tork RS lebih unggul berbanding datuknya, FZR250R dengan tork cuma 24.5Nm. Namun, kuasa R3 lebih rendah 3hp.

Jadi apakah yang akan berlaku jika kedua-dua model itu berentap di trek?

SAINGAN PUN BERMULA

Dalam aksi lumba drag (malangnya, tiada sebarang klip video didedahkan), pecutan R3 untuk 0-100kmj berjaya menewaskan FZR250R, tetapi cukup tipis. Itupun sekejap sahaja kerana apabila pecutan mula terisi, FZR250R mula bangkit mengorak langkah sedikit ke depan. Enjin 4-silinder nyata bukan lawan R3.

FZ250R meninggalkan R3 tanpa belas kasihan. Lihat saja data 0-400 meter di bawah ini, FZ250R hanya memerlukan 14.306 saat, sementara R3 lebih lama, 14.370 saat. Pada jarak tersebut kelajuan Yamaha FZR sudah mencapai 151.39kmj sementara R3 masih pada kelajuan 144.73kmj.

BACA >>> Yamaha YZF-R3 (2019) Baharu Tampil Radikal dan Menggiurkan

Kemudian pada jarak 0-1,000 meter Yamaha FZR250R hanya perlu 27.343saat dengan kelajuan maksimum 176.20kmj. Sedangkan R3 memerlukan tempoh 27.941saat dengan kelajuan maksimum 168.941kmj. Bagaimanapun, ujian dilakukan tidak menggunakan meter halaju, tetapi  peranti khas,utnuk mengukur data kenderaan bergerak, Racelogic GPS.

Kuasa enjin 4-silinder terbukti hebat dalam ujian kuasa di mesin Dyno. FZR250R, yang sudah berusia 29 tahun itu mampu mencapai kuasa 40.3ps @ 15.450rpm, manakala R3 (320cc) hanya menembusi 36.9ps @ 10,750rpm. Akhir sekali, yang menjadi poin utama ujian ini adalah fiil menunggang.

Menurut YoungMachine, ledakan kuasa FZR250R masih cukup kuat ketika memecut dalam jarak 1,000 meter (1km) dengan kelajuan GPS lebih 170km, sebaliknya tenaga R3 sudah mula melemah. Ini keputusan yang agak mengejutkan kerana dari segi usia, FZR250R sudah tersangat tua, atau secara logiknya, nisbah dan komponen dalaman sudah tidak secergas dulu.

Namun, itu semua tidak membuatkan FZR250R semput berbanding R3 yang lebih muda. Turut dicoretkan, kelancaran enjin FZR250R membuatkan si penunggang rasa seperti menunggang sebuah model premium bertaraf superbike dengan versi enjin kecil.

Otai masih berbisa?

BACA >>> Kawasaki Ninja 250 dengan Enjin 4-Silinder Sedang Dibikin, Prototaip Kini di Indonesia

GALERI

SUMBER: YoungMachine

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) roda2 sportbike sportbike 250cc Yamaha Yamaha FZR250R (1990) Yamaha YZF-R3 (2019) young machine
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Royal Alloy Gran Turismo Debut Di Malaysia – Skuter Retro Moden Dari RM9.8k

    27/04/2026
    Roda2

    TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

    25/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    23/04/2026
    Roda2

    Yamaha TMAX Tech Max Kini Dalam Crystal Graphite – Maxi Scooter Premium Dari RM75,888

    23/04/2026

    1 Comment

    1. Akhtar on 02/11/2019 19:25

      I’m looking for yamaha Legenda 100 cc Y body cover. If available please What”s app me. My hp. No. 01163532834

      Thank you. Hope to hear from you soon

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.