Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Daftar Paten Jupiter MX Facelift di Indonesia, Rekabentuk Mirip 135 LC Fi (2022)
Roda2

Yamaha Daftar Paten Jupiter MX Facelift di Indonesia, Rekabentuk Mirip 135 LC Fi (2022)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Jupiter MX135 pernah hadir dalam tiga generasi di Indonesia sebelum ditamatkan pengeluaran pada 2015. Model pertama memasuki pasaran republik itu ialah pada 2005.

Keputusan menghentikan tawaran MX135 adalah memberi ruang secukupnya kepada model baharu ketika itu, iaitu MX King dan MX 150.

Bagaimanapun, kini timbul ura-ura Yamaha mungkin melancarkan Jupiter MX sebagai varian dipertingkat yang memiliki rekabentuk sama seperti Yamaha 135LC Fi (2022).

Perkara itu terdedah selepas dokumen paten ditemui dalam Pangkalan Data Kekayaan Intelektual bawah Direktoral Jenderal Kekayaan Intelektual (DJKI). Menurut laporan, pihak yang mengemukakan permohonan paten ialah Yamaha Hatsudoki Kabushiki Kaisha (Yamaha Motor Co) di Jepun.

BACA >>> #Perbandingan: Yamaha 135LC Karburetor (2021) vs 135LC Fi (2022), Apa Berubah?

Malah usaha melindungi desain itu sebenarnya sudah dibuat pada 30 September 2021 tetapi cuma tular di internet sejak sehari dua ini.

Sekadar makluman, Hong Leong Yamaha Motor melancarkan model baharu 135LC Fi (2022) yang didakwa rekaan eksklusif untuk pasaran Malaysia pada 8 Mac 2022.

BACA >>> Yamaha 135LC Fi (2022) Dicipta Khas untuk Malaysia, HLYM Jawab Kenapa Tiada Klac Tangan

Bagaimanapun, langkah memfail dan pendaftaran paten mungkin dibuat sebagai langkah melindungi hak cipta produk.

Bagaimanapun, laporan media menyatakan setiap produk yang didaftarkan Yamaha akan dihasilkan dan dijual di pasaran berkenaan suatu hari nanti.

Apapun tiada maklumat mengenai sistem trenkuasa dan spesifikasi lain. Jika spesifikasi atau desain menyamai 135LC Fi, apa maksud kenyataan ‘eksklusif untuk pasaran Malaysia’? 🤔

BACA >>> Skuter Elektrik Yamaha E01 Lakukan Ujian Enduran di Malaysia, Tapi Bukan untuk Dijual?
BACA >>> Yamaha 135LC Paling Banyak Dicuri Sepanjang 2018

SUMBER: PDKI | WarungSep

Kekayaan Intelektual bawah Direktoral Jenderal Kekayaan Intelektual roda2 Yamaha 135LC Fi 2022 Yamaha Hatsudoki Kabushiki Kaisha (Yamaha Motor Co) Yamaha Jupiter MX 135 Yamaha Jupiter MX 2022
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    14/04/2026
    Honda Vario 125 Street 2026
    Roda2

    Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.