Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yakin Masa Depan Proton Lebih Cerah, Pilihan Geely Sangat Tepat – Pengedar
Auto Terkini

Yakin Masa Depan Proton Lebih Cerah, Pilihan Geely Sangat Tepat – Pengedar

Abang GYLBy Abang GYL31/03/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


“SAYA cukup kagum melihat fasiliti yang Geely ada. Proton memilih rakan kongsi yang tepat, saya yakin masa depan kami sebagai pengedar akan cerah.”

Itulah apa diluahkan salah seorang pengedar Proton, Ha Yi Wei daripada Juara Mulis Motor Sdn Bhd selepas berpeluang melawat Institut Penyelidikan Geely (GRI) di Hangzhou Bay, China, baru-baru ini.

Yi Wei ialah antara 33 pengedar Proton dari Malaysia yang dibawa ke China untuk mengunjungi kemudahan dan perkembangan teknologi terkini milik Geely. Lawatan itu juga bertujuan memberikan perspektif luas kepada semua pengedar Proton mengenai kemampuan pengeluar automotif dari Negara Tembok Besar itu selain melihat model akan datang yang bakal dikeluarkan.

BACA >>> Dulu Wira, Kini Persona, Chris Ok Saja Pandu Proton Sebab Rasa Berbaloi

TEKNOLOGI TERKINI GEELY

Yakin Masa Depan Proton Cerah & Geely Pilihan Tepat
Yakin Masa Depan Proton Lebih Cerah

Selain GRI, semua pengedar turut dibawa melawat pusat pameran INTEC bagi menyaksikan kehebatan teknologi terkini Geely seperti G-Power, G-Safety, G-Blue, G-Netlink dan G-Pilot.

G-Power asasnya, meliputi pembangunan trenkuasa dan enjin. G-Safety pula menumpukan kepada peningkatan keselamatan berdasarkan enam tahap: keselamatan pemanduan, sistem bantuan pemandu, maklumat bantuan dan amaran keselamatan, sistem keselamatan aktif, keselamatan perlanggaran, penggera dan penyelamat kemalangan.

Teknologi G-Blue pula merangkumi teknologi kereta ringan, pengurangan penggunaan bahan api dan pemancaran serta pembangunan kereta tenaga baharu seperti Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Hibrid Plug-in (PHEV) dan Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV).

Pembangunan sistem pula, Geely menggunakan G-Netlink untuk membantu mewujudkan persekitaran pemanduan lancar, lengkap dengan panduan maklumat dan rekabentuk kunci kereta maya seperti kereta tanpa kekunci yang  boleh diaktifkan menerusi telefon pintar.

Teknologi G-Netlink juga sudah dilengkapkan pada model Borui, sebuah sedan dikeluarkan Geely. Akhir sekali, teknologi G-Pilot menggambarkan masa depan bagi pemanduan autonomi.

BACA >>> Jawapan Proton: Benarkah Pengedar Bumiputera Diabaikan? 

KAGUM DAN YAKIN PROTON MILIKI MASA DEPAN CERAH

Seorang lagi pengedar Proton daripada Pengangkutan Sedar Sdn Bhd, Nur Shazzani Ahmad Shukri turut berkongsi pandangan sama.

Nur Shazzani berkata, dia terus yakin sebaik saja melihat jenis model yang bakal dikeluarkan Proton menerusi rakan strategik bersama itu.

“Ini jelas menunjukkan Geely ada teknologi hebat, keupayaan syarikat itu memang sangat maju dan futuristik.

“Selain itu, Geely juga ada pasukan pekerja profesional dan mempunyai bakat terbaik daripada seluruh dunia yang bekerja untuk membangunkan kereta teknologi tinggi masa depan,” katanya lagi.

BACA >>> Jenama Proton Tak Ada Masalah, Cuma Servis Lepas Jualan Kena Tambah Baik – Ryan Lai

GALERI

Yakin Masa Depan Proton Lebih Cerah
Yakin Masa Depan Proton Cerah & Geely Pilihan Tepat
Yakin Masa Depan Proton Cerah & Geely Pilihan Tepat
Yakin Masa Depan Proton Cerah & Geely Pilihan Tepat

 

Geely Ha Yi Wei Juara Mulis Motor Sdn Bhd Nur Shazzani Ahmad Shukri Pengangkutan Sedar Sdn Bhd Proton rakan kongsi proton Yakin Masa Depan Proton Cerah & Geely Pilihan Tepat
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.