Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Wing Hin Motorsports Raih Pencapaian Positif Dalam Debut GR86 Clubman Series
Sukan Permotoran

Wing Hin Motorsports Raih Pencapaian Positif Dalam Debut GR86 Clubman Series

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PROGRAM pembangunan pemandu Wing Hin Motorsports menerima suntikan awal yang cukup positif apabila dua pelumbanya menamatkan pusingan pembukaan Toyota GAZOO Racing GR86/BRZ Clubman Series di Jepun dengan keputusan tempat kedua dan keenam.

Aksi di Litar Autopolis itu menyaksikan pelumba Malaysia, Mitchell Cheah, memulakan debut perlumbaannya di Jepun dengan cukup cemerlang apabila memacu jentera Wing Hin Motorsports GR86 ke penamat di tempat kedua.

Debut Impian Buat Mitchell Cheah

Pelumba berusia 28 tahun itu memulakan perlumbaan dari petak kedua dan terus membuat permulaan mantap untuk mendahului sebaik memasuki selekoh pertama.

Bagaimanapun, persaingan sengit pada pusingan pembukaan memaksanya turun ke kedudukan ketiga sebelum kembali menyusun strategi dan terus kekal dalam perebutan kelompok hadapan.

Bangkit Semula, Tamat P2

Menjelang pusingan ketiga, Cheah berjaya merampas semula kedudukan kedua sebelum memisahkan diri bersama jentera SALTO GarageN GR86 yang muncul pemenang.

Beliau akhirnya menamatkan perlumbaan hanya dengan jurang sekitar dua buah kereta di belakang pemenang, satu keputusan yang cukup besar buat kempen pembukaan musim ini.

“Saya rasa cukup yakin menuju hujung minggu perlumbaan ini. Banyak persediaan dibuat termasuk masa yang banyak di simulator untuk lebih memahami Autopolis,” kata Cheah.

Jordan Johan Turut Cemerlang

 

Seorang lagi pelumba program pembangunan, Jordan Johan dari Indonesia yang mewakili Toyota GAZOO Racing Indonesia, turut mempamerkan aksi meyakinkan apabila menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

Keputusan itu juga menyaksikan beliau memperbaiki satu anak tangga berbanding sesi kelayakan selepas memulakan perlumbaan dari posisi ketujuh.

Program Bakat Asia Mula Menunjukkan Hasil

Kedua-dua pelumba dibimbing oleh Masahiro Sasaki, pelumba Gazoo Racing dan Rookie Racing, dalam usaha Wing Hin Motorsports membuka laluan pembangunan bakat perlumbaan dari Asia.

Menurut prinsipal pasukan, program ini bukan sekadar memberi masa ujian dan pemanduan litar, tetapi lebih fokus kepada perlumbaan sebenar dari pintu ke pintu bagi mempercepat proses pembelajaran.

Kempen 2026 Ada Tujuh Pusingan

Musim 2026 Toyota GAZOO Racing GR86/BRZ Cup akan berlangsung sepanjang tujuh pusingan, bermula di Autopolis sebelum bergerak ke Sportsland Sugo, Okayama, Tokachi, Fuji, Suzuka dan penutup musim di Mobility Resort Motegi.

Wing Hin Motorsports turut meneruskan kerjasama dengan rakan pelincir lama Moty’s, termasuk penggunaan minyak enjin baharu berasaskan RRBO (Re-Refined Base Oil) buat kali pertama dalam kempen musim ini.

Re-Refined Base Oil ROOKIE Racing SALTO GarageN GR86 TGR Indonesia TGR Malaysia Toyota Gazoo Racing Toyota GR86 Toyota GR86 Clubman Series Wing Hin Motorsports
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    MotoGP

    #MotoGP2026: Jorge Martin Jangka Ducati ‘Kembali Normal’, Mampu Bangkit Semula

    08/04/2026
    SuperGT Jepun kembali ke Sepang
    Sukan Permotoran

    Autobacs SUPER GT Sepang 2026 Mungkin Dibatalkan, Perang Asia Barat Belum Reda

    07/04/2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Bezzecchi Juara COTA, Aprilia Dominasi 1-2 di Austin

    02/04/2026
    Formula Satu

    #F12026: Antonelli Menang GP Jepun, Kini Pendahulu Kejuaraan F1 2026

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.