• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Warga Emas Tunggang Motosikal Maut Akibat Dipanah Petir

Warga Emas Tunggang Motosikal Maut Akibat Dipanah Petir

May 5, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki warga emas, Ammat Tentiram, 61, maut selepas disambar petir ketika menunggang motosikal tiga roda menuju ke ladang tebunya, pada awal pagi Sabtu lalu.

Menurut laporan Pegawai Penyiasat dari Balai Polis Ban Dan, Mejar Polis Niyom Thuamthaisong berkata, mangsa ditemui di atas motosikal dengan kedua-dua kaki masih di atas kerusi, menunjukkan mangsa disambar petir ketika masih menunggang.

Selain itu, kesan lecur pada telinga dan badan, serta pakaian yang terbakar turut ditemui, manakala motosikal hanya mengalami kerosakan kecil.

Pihak berkuasa juga percaya bahawa mangsa telah disambar petir kira-kira sejam sebelum ditemui dan insiden dianggarkan berlaku sekitar jam 8 pagi dengan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Isteri mangsa, Farung, 53, menyatakan bahawa dirinya sudah menasihati mangsa agar tidak keluar akibat hujan malam sebelumnya dan keadaan langit yang masih gelap, namun mangsa tetap bertegas mahu ke ladang untuk menjalani rutin hariannya.

Tak lama kemudian, jiran datang beritahu suami kena petir," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Mangsa hanya membawa telefon bimbit ketika keluar dan punca sebenar sambaran petir masih dalam siasatan.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan maut, motosikal tiga roda, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my