Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Wanita Mengaku Tak Bersalah Langgar Penunggang Basikal Di ‘New Zealand Malaysia’
Auto Terkini

Wanita Mengaku Tak Bersalah Langgar Penunggang Basikal Di ‘New Zealand Malaysia’

FarahBy Farah07/06/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEORANG ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini atas tuduhan memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengorbankan nyawa seorang penunggang basikal di Jalan Temiang-Pantai, pada 1 Jun lalu.

Tertuduh, Munirah Stapah@Salleh, 26, yang bekerja sebagai pegawai penyelidik membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya  di hadapan Majistret, Intan Syafinaz Roslin.

Dalam pertuduhan itu, tertuduh melakukan kesalahan tersebut di Jalan Temiang-Pantai atau sinonim dengan gelaran New Zealand Malaysia sekitar jam 8.25 pagi hingga menyebabkan penunggang basikal, Khalid Mohd. Isa, 72, maut.

Atas kesalahan itu, Munirah didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM50,000 dan boleh juga dipenjara antara lima hingga 10 tahun.

Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden M. Shanmugavel meminta mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dan menggantung lesen memandu tertuduh sehingga kes selesai. Pun begitu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar diberi ikat jamin yang rendah memandangkan suaminya bekerja di tempat lain dan masih menyusu anak kecil.

Majistret membenarkan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menggantung lesen memandu tertuduh. Kes disebut semula 21 Jun ini.

BACA>>> Berhenti di ‘New Zealand Malaysia’, 17 Pengguna Lebuh Raya Temiang-Pantai Kena Saman!
BACA>>> Nahas Pertama Lebuh Raya ‘New Zealand Malaysia’, Penunggang Basikat Maut Dilanggar Axia

SUMBER: Kosmo

jalan temiang-pantai Lebuh Raya New Zealand Malaysia mahkamah Penunggang Basikal
Farah

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Potongan 30 Peratus untuk Balik Kampung Tanpa Jem

20/02/2026
Auto Terkini

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150 km!

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.