Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volvo XC90 2025 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM418k
Roda4

Volvo XC90 2025 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM418k

SyafieBy Syafie10/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SERENTAK pelancaran Volvo EX90, Volvo Car Malaysia (VCM) turut melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid 7-kerusi, Volvo XC90 2025 versi dipertingkat (facelift) dalam dua varian pilihan hibrid ringan (MHEV), Ultra B5 berharga RM418,888 dan hibrid plug-in (PHEV), Ultra T8 pada harga RM434,888.

Kedua-dua varian itu ditawarkan dalam empat warna pillihan: Onyx Black (hitam), Denim Blue (biru), Crystal White (putih), dan Vapour Grey (kelabu). Semua warna dipadankan dengan warna dalaman gelap (Charcoal), upholsteri kulit Nappa Charcoal, dan trim kayu Grey Ash.

Rekabentuk luaran dan antaramuka pengguna (UI) baharu menyerlahkan kesinambungan dengan model elektrik penuh Volvo, dan XC90 2025 facelift baharu turut menampikan kokpit direka semula menerusi paparan tengah lebih besar, material dalaman ditambah baik, dan penebat bunyi dipertingkat untuk keselesaan terbaik.

TRENKUASA

XC90 Ultra B5

  • Dijana enjin petrol 4-silinder 2.0L turbo dengan sistem hibrid ringan 48V.
  • Output kuasa 249hp @ 5,400-5,700rpm, dan tork 350Nm @ 1,800-4800rpm.
  • Gabungan output kuasa 263hp, dan tork 390Nm.
  • Transmisi automatik 8-kelajuan dengan geartronic.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 7.7 saat.

XC90 Ultra T8

  • Menggunakan enjin petrol 4-silinder 2.0L turbo dengan sistem hibrid plug-in (PHEV).
  • Output kuasa 317hp @ 6,000rpm, dan tork 400Nm @ 3,000-5,400rpm.
  • Gabungan output kuasa 462hp dan tork 709Nm.
  • Transmisi automatik 8-kelajuan dengan geartronic.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 5.3 saat.
  • Sistem pacuan semua roda (AWD).
  • Sistem suspensi udara aktif.
  • Ada tiga mod pandu : Pure, Hybrid, dan Performance.

LUARAN

  • Komponen baharu pada bahagian fender sisi, penutup bonet, lampu utama, gril, dan bampar.
  • Lampu depan ‘tukul Thor’ lebih tajam.
  • Rekaan gril depan baru yang terpisah dari logo Volvo.
  • Rim aloi lima jejari 20 inci dengan kemasan potongan berlian hitam.
  • Tayar 275/45
  • Bumbung suria panoramik.

DALAMAN

  • Paparan dongak (HUD).
  • Unit infotainment skrin sentuh 11.2 inci.
  • Kluster instrumen 12.3 inci.

  • Sistem audio 19 pembesar suara Bowers and Wilkins.
  • Dilengkapi Volvo Cars App dan Volvo On Call.
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Pengecas wayarles.
  • Sistem penyaman udara automatik klimat empat zon.

CIRI KESELAMATAN

  • Sistem Elak dan Mitigasi Pelanggaran
  • Elak Perlanggaran dengan Stereng untuk pejalan kaki, penunggang (basikal dan motosikal).
  • Amaran dan Elak Perlanggaran Belakang
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Mitigasi Lencong
  • Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS) dengan Bantuan Stereng
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dengan Brek Automatik
  • Mitigasi Masuk ke Lorong Bertentangan
  • Notifikasi Sedia untuk Memandu
  • Bantuan Henti Kecemasan (ESA)
  • Pengehad Kelajuan
  • Tujuh beg udara (dua beg udara depan, dua beg udara sisi dengan Sistem Perlindungan Impak Sisi (SIPS), dua beg udara tirai, dan satu beg udara Lutut untuk pemandu sahaja).
  • Suis nyah aktif (cut-off) beg udara penumpang
  • Sistem perlindungan kecederaan leher (WHIPS) untuk kerusi depan
  • Kerusi buster bersepadu untuk penumpang kanak-kanak
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.
  • Tali keledar dengan ciri pra-penegang dan pengehad beban
  • Tali keledar retraktor elektrik
  • Bantuan Pilot dengan kamera 360°
  • Kerusi depan boleh laras elektrik 4-tetapan dengan fungsi memori dan sokongan lumbar.
  • Kerusi depan dengan sokongan sisi elektrik dan ventilasi.
  • Ekstensi kusyen elektrik.
  • But kuasa bebas tangan.

Volvo XC90 2025 facelift ini ditawarkan lima tahun perkhidmatan digital lima tahun, bantuan tepi jalan 24 jam, dan waranti kenderaan tanpa had perbatuan, manakala bateri voltan tinggi mendapat waranti lapan tahun.

Auto Terkini Kenderaan Utilisi Sukan (SUV) VOLVO Car Malaysia (VCM) Volvo XC90
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Ragut Nyawa, Politikus Desak Hukuman Lebih Berat

    30/03/2026
    Petronas logo
    Auto Terkini

    Petronas Tidak Terlibat Cadangan Bekal Bahan Api ke Filipina

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.