Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volvo Tambah Waranti Kereta Hingga Lima Tahun, Tanpa Had Perbatuan
Auto Terkini

Volvo Tambah Waranti Kereta Hingga Lima Tahun, Tanpa Had Perbatuan

Han OthmanBy Han Othman09/02/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO Car Malaysia (VCM) melanjutkan waranti kilang daripada tiga tahun atau 100,000km perbatuan kepada lima tahun dengan perbatuan tanpa had bermula 1 Januari lalu.

Terdahulu, pemilik Volvo hanya layak untuk mendapat perlindungan standard waranti hingga tiga tahun (atau 100,000km) sahaja dengan tambahan dua tahun atau 20,000km menerusi program lanjutan waranti (EWP) disediakan rakan syarikat insurans luar.

Dengan pengenalan waranti baharu itu, pelanggan kini boleh menikmati tahap perlindungan sama tanpa sebarang kos tambahan dan ditanggung sepenuhnya di bawah jaminan lima tahun atau perbatuan tanpa had.

Pengarah Urusan VCM, Nalin Jai berkata, tawaran baharu ini sebahagian komitmen Volvo untuk mengeluarkan produk dan perkhidamatan berkualiti, khususnya dalam hubungan dengan pelanggan dan kenderaan jenama itu.

Di Volvo Car Malaysia, setiap keputusan yang kami buat direka untuk memenuhi kehendak pelanggan dan juga mengukuhkan kepercayaan terhadap Volvo.

“Kami mahu pelanggan merasai sokongan sepanjang pemilikan kenderaan dan percaya lanjutan waranti pengeluaran ini adalah arah tuju tepat sebagai jenama premium kenderaan yang berlandaskan keselamatan.” katanya.

Penyemakan semula tempoh waranti itu bakal memberikan ketenangan buat pelanggan Volvo untuk tempoh lima tahun bermula tarikh kenderaan diserahkan dengan menerima pengalaman perkhidmatan premium daripada juruteknik Volvo terlatih.

Pada Disember 2020, VCM mengumumkan semua pelanggan Volvo hibrid plug-in (PHEV) layak mendapat lanjutan tempoh waranti bateri voltan tinggi (HV) hingga lapan tahun atau 160,000km (yang mana terdahulu).

Melalui inisiatif itu, VCM bukan saja melanjutkan sokongan masa depan, tetapi memastikan pelanggan kekal yakin dengan kualiti Volvo.

Matlamat akhir inisiatif kami membolehkan pelanggan selesa dan bebas daripada kebimbangan apabila memandu kereta Volvo. Kami menggalakkan mereka menikmati pengalaman berinovasi dan berteknologi tinggi, selari kemampuan setiap kereta kami. Jadi, kami dapat menyediakan pelanggan kami kebebasan untuk memandu dengan cara yang peribadi, lestari dan selamat,” kata Nalin.

Jaminan baharu pengeluaran disediakan kepada pemilik kenderaan persendirian saja. Maklumat lanjut mengenai lanjutan jaminan pengeluaran boleh menghubungi mana-mana wakil pengedar sah Volvo atau layari Volvo Car Malaysia di laman Facebook  dan Instagram  untuk sebarang kemas kini.

Auto Terkini Nalin Jai Volvo VOLVO Car Malaysia (VCM) Waranti Volvo
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.