Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volvo EX30 Cross Country 2025 Tampil Gaya Lasak, Dimensi Lebih Tinggi dan Ekstra Ciri
Roda4

Volvo EX30 Cross Country 2025 Tampil Gaya Lasak, Dimensi Lebih Tinggi dan Ekstra Ciri

Abang HirataBy Abang Hirata12/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 1997, Volvo Cars memperkenalkan model Cross Country pertama. Model ‘rentas desa’ itu asalnya ialah wagon yang dinamakan V70 XC atau Cross Country.

Konsep kenderaan tahan lasak yang sesuai untuk semua kondisi cuaca ialah teras jenama Volvo, dan tradisi Cross Country diteruskan hingga ke model seterusnya. Pengguna tempatan turut berpeluang merasai model ini yang mana selain V70, Volvo turut menawarkan versi hatchback, iaitu V40 Cross Country.

Legasi varian tinggi terus bersambung menerusi pengenalan Volvo EX30 Cross Country 2025 baharu. Ketika EX30 diperkenalkan pada Jun 2023, Volvo turut berkongsi gambar dan spesifikasi awal model itu.

Seperti V70 yang merasmikan Cross Country lebih dua dekad lalu, EX30 pula menjadi kenderaan elektrik (EV) Cross Country Volvo pertama.

Berikut spesifikasi model kenderaan utiliti sukan (SUV) EV ‘rentas desa’ itu:

  • Volvo EX30 mempunyai dua jenis varian, iaitu motor tunggal dan dwi-motor, manakala model Cross Country 2025 ini menggunakan trenkuasa dwi-motor atau Twin Motor Performance dengan sistem pacuan semua roda (AWD).
  • Output kuasa 315kW (428hp) dan tork 543Nm.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 3.7 saat.
  • Jarak pemanduan hingga 427km.
  • Masa mengecas bateri NMC 69kWh untuk kapasiti 10-80 peratus mengambil masa 26 minit.
  • Selain pendakap sekeliling gerbang roda, EX30 Cross Country tampil unik dengan panel gril depan yang memaparkan lukisan banjaran gunung Kebnekaise di Sweden Artik.
  • Rak bumbung ditawarkan sebagai pilihan untuk tambahan muatan selain ruang but 318 liter.
  • Aksesori itu adalah sebahagian pakej Cross Country Experience, termasuk tayar semua rupa bumi 18 inci dan pelbagai lagi.

DIMENSI BERUBAH

Sebagai model cross country, tinggi badan Volvo EX30 Cross Country 2025 ditambah supaya dapat melalui laluan lebih lasak, dengan ruang dalaman dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan.

Dimensi EX30 Cross Country vs EX30 Ultra

  • Tinggi: Cross Country 1,567mm | Ultra 1,550mm (+17mm lebih tinggi)
  • Lebar: Cross Country 1,850mm | Ultra 1,838 mm (+12mm lebih lebar)
  • Panjang: 4,233mm
  • Lebar (termasuk cermin sisi): Cross Country 2,040mm | Ultra 2,032mm
  • Jarak Roda: 2,650mm
  • Lebar Trek Depan dan Belakang: Depan 1,590mm | Belakang 1,595mm

Ciri Dalaman EX30 Cross Country

  • Rekabentuk dalaman praktikal dengan teknologi pintar, ruang simpanan, dan rekabentuk berasaskan EX30 asal.
  • Ruang simpanan besar dengan pembesar suara pintu dialihkan ke papan pemuka.
Ruang Simpanan Tengah
  • Boleh ditarik keluar sebagai pemegang cawan.
  • Boleh ditolak ke belakang untuk lebih banyak ruang penyimpanan.
Ruang Simpanan Tambahan
  • Kompartmen besar di lantai antara pemandu dan penumpang.
  • Kotak sarung tangan diletakkan di bawah konsol tengah untuk akses mudah.
Ruang Simpanan Penumpang Belakang
  • Kotak simpanan boleh ditarik keluar dari ruang simpanan tengah.
  • Boleh ditanggalkan dan dibasuh, juga boleh digunakan sebagai tong sampah.
Penutup But
  • Dilengkapi panduan ‘Will it fit?’ untuk anggaran ruang muatan.

Trenkuasa EX30 Cross Country dan EX30 Ultra

Bateri & Pengecasan
  • Bateri: 69kWh
  • Pengecas terbina dalam (OBC): 22kW
  • Pengecasan rumah (AC 11kW) 0-100 peratus: 8 jam
Prestasi
  • Pecutan (0-100kmj): Cross Country 3.7 saat | Ultra 3.6 saat
  • Kelajuan Maksimum: Cross Country Tidak dinyatakan | Ultra 180kmj
  • Output Kuasa: 428hp (315kW), tork 543Nm

Penggunaan Tenaga & Jarak Elektrik

  • Penggunaan tenaga keseluruhan  (WLTP): Cross Country 18.7kWh/100km | Ultra 17.5kWh/100km (lebih cekap)
  • Jarak elektrik (gabungan): Cross Country Hingga 427km | Ultra Hingga 450km
  • Jarak elektrik (bandar): Cross Country: Hingga 574km | Ultra: Hingga 590km
  • Penggunaan tenaga bandar (WLTP): Cross Country: 13.9kWh/100km | Ultra: 13.5kWh/100km (lebih cekap).

Di pasaran terpilih, tempahan Volvo EX30 Cross Country 2025 sudah dibuka dan penghantaran bermula musim bunga ini (Mac-Jun).

Bagi pasaran tempatan pula, Volvo EX30 Cross Country 2025 mempunyai potensi jika mengambil kira penawaran V40 Cross Country sebelum ini. Namun, Volvo Cars Malaysia (VCM) baru saja melancarkan Volvo EX30 versi pemasangan tempatan (CKD) pada 6 Januari lalu.

EV SUV Elektrik SUV EV Volvo Volvo EX30 Volvo EX30 Cross Country
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.