• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Vento ALLSTAR & GT Kini Lebih Bergaya - Harga Bermula RM78,888

Volkswagen Vento ALLSTAR & GT Kini Lebih Bergaya - Harga Bermula RM78,888

May 25, 2017 By Abang GYL 1 Comment

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Volkswagen Vento GTVOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan dua lagi varian vaharu bagi model Vento dengan penampilan lebih menarik.

Sedia maklum, Volkswagen Vento ditawarkan dalam dua pilihan enjin iaitu 1.2L TSI dan 1.6L MPI.

Bagi enjin 1.2L TSI, ia dikenali sebagai Volkswagen Vento GT. Manakala padanan enjin 1.6L pula dinamakan Volkswagen Vento ALLSTAR.

HARGA

  • Volkswagen Vento GT - RM89,888
  • Volkswagen Vento ALLSTAR - RM78,888

* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans dan cukai jalan

Volkswagen Vento GTVOLKSWAGEN VENTO GT

Apa yang menarik dengan Volkswagen Vento GT? Dari aspek rekabentuk, ia menampilkan rekaan lebih rugged dengan kehadiran bersama aksesori eksklusif bernilai RM9,000. Antaranya;

  • Bumbung dan perumah cermin sisi berwarna hitam “Satin”
  • Jalur hitam pada pintu
  • Tempat duduk dibalut kulit
  • Pedal sports aluminium
  • GT Aerokit
  • Plat sisi
  • Emblem dan karpet

BACA >>> Lelaki Ini Cipta Rekod Dunia, Cuma 3 Hari dari Dakar ke Moscow Pandu Volkswagen Amarok

BACA >>> Bocor, Foto Volkswagen Polo (2018) Tanpa Samaran! Bakal Tampil Rekabentuk 'Boxy'

Ia juga ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik iaitu perak (Reflex Silver) dan putih (Candy White).

Dari aspek prestasi, Volkswagen Vento GT masih dipadankan dengan nadi yang sama iaitu enjin pancitan terus 1.2l TSI turbocharged berkuasa 105PS.

Dengan bantuan kotak gear DSG automatik 7-kelajuan, ia memiliki tork setinggi 175Nm. Lebih hebat, Volkswagen Vento ialah antara sedan yang memiliki kuasa tork paling tinggi dalam kelasnya. Penggunaan bahan api pula mencatatkan 5.5L bagi setiap 100km.

VOLKSWAGEN VENTO ALLSTAR

Begitu juga dengan Volkswagen Vento ALLSTAR yang turut dilengkapi aksesori eksklusif bernilai RM7,000. Antaranya;

  • Tempat duduk kulit
  • Pedal sports aluminium
  • Spoiler belakang
  • Jalur hitam pada pintu dan kemasan belakang
  • Plat sisi ‘ALLSTAR’, emblem dan karpet

Sebagai bonus tambahan, Volkswagen Vento ALLSTAR turut didatangkan dengan aplikasi MYVW Drive.

Menerusi aplikasi MYVW Drive, ia memberikan pelbagai maklumat kepada pemandu termasuklah pemantauan penggunaan bahan api bersama jarak, kondisi kenderaan dan banyak lagi.

BACA >>> #PanduUji: Volkswagen Tiguan 2017 - Bukan Sekadar SUV Biasa

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh mendapatkan bantuan daripada pihak Mondial Roadside Assistance jika berlaku kecemasan.

Volkswagen Vento ALLSTAR dipadankan enjin 1.6L MPI bersama kotak gear automatik 6-kelajuan Tiptronic. Ia memberikan Vento ALLSTAR kuasa sebanyak 105PS dan tork maksimum 153Nm serta penggunaan bahan api sekitar 6.5l bagi setiap 100km.

GALERI

Volkswagen Vento GT Malaysia_PanduLaju (3)
Volkswagen Vento ALLSTAR Malaysia_PanduLaju (1)
Volkswagen Vento GT Malaysia_PanduLaju (5)
Volkswagen Vento GT Malaysia_PanduLaju (2)
Volkswagen Vento GT Malaysia_PanduLaju (1)
Volkswagen Vento ALLSTAR
Volkswagen Vento GT
Volkswagen Vento ALLSTAR Malaysia_PanduLaju (6)
Volkswagen Vento GT Malaysia_PanduLaju (6)
Volkswagen Vento ALLSTAR Malaysia_PanduLaju (4)
Volkswagen Vento ALLSTAR Malaysia_PanduLaju (5)
Volkswagen Vento GT Malaysia_PanduLaju (4)
Volkswagen Vento ALLSTAR Malaysia_PanduLaju (2)
Volkswagen Vento GT Malaysia_PanduLaju (8)
Volkswagen Vento ALLSTAR Malaysia_PanduLaju (3)
Volkswagen Vento GT

Artikel Berkaitan

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: harga Volkswagen Vento ALLSTAR, harga Volkswagen Vento GT, Volkswagen, Volkswagen Vento 2017, Volkswagen Vento ALLSTAR, Volkswagen Vento GT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my