Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

Abang HirataBy Abang Hirata06/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Volkswagen Transporter Sportline 2026

VOLKSWAGEN Commercial Vehicles (VCV) memperkenalkan varian tertinggi dalam barisan model Transporter menerusi pelancaran Sportline baharu.

Volkswagen Transporter Sportline 2026 ialah simbolik sempena meraikan ulang tahun ke-75 Volkswagen Bus dan sejarah lebih 20 tahun kewujudan van spory ikonik itu.

Gayaan, Dinamik Pemanduan Sportline

Volkswagen Transporter Sportline 2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026

Varian Sportline mempunyai karakter tersendiri melalui ciri luaran eksklusif dengan bahagian depan tampil garang dalam gaya ala Golf GTI yang dipanggil Volkswagen sebagai gaya tulang anjing atau ‘dogbone’.

Tidak hanya kosmetik dan bagi memberikan profil pemanduan lebih dinamik dan stabil, sistem suspensi direndahkan 29mm menggunakan spring Eibach. Penampilan itu diserlahkan dengan rim aloi 19 inci dua kemasan dan lampu depan LED Matriks.

Kabin Sportline dibina dengan fokus terhadap pemandu, menampilkan kerusi sport kulit eko buatan tangan berserta sulaman timbul Sportline dan jahitan merah. Suasana kabin dipertingkat dengan lampu ruang kaki, plat sil pintu iluminasi dan frem skrin hitam kilat.

Transporter Sportline 75 Special Edition

Sempena meraikan 75 tahun sejak pengeluaran pertama Volkswagen Bus pada 1950, Volkswagen turut menawarkan edisi terhad, Transporter Sportline 75 Special Edition.

Hanya 75 unit dihasilkan yang pasti menjadikan model itu buruan pengumpul barangan koleksi automotif. Model edisi khas itu tampil dengan warna cat Moss Green (hijau) yang eksklusif dan cermin sisi unik yang memaparkan logo Sportline 75.

Ruang kabin diserlahkan dengan upholsteri kulit eko dengan sulaman kontras hijau pada kerusi dan stereng. Setiap unit juga diberikan label nombor siri individu bagi mengesahkan status eksklusif.

Trenkuasa

Volkswagen Transporter Sportline 2026

Volkswagen menawarkan kepelbagaian pilihan trenkuasa untuk model Transporter bagi memenuhi keperluan operasi berbeza, merangkumi pilihan diesel, hibrid dan elektrik.

Turbodiesel

  • Dijana enjin 4-silinder 2.0L turbodiesel dengan sistem suntikan terus (TDI) Common-rail
  • Output kuasa 81kW (110ps) dan tork 310Nm: Transmisi manual 6-kelajuan
  • Output kuasa 110kW (150ps) dan tork 360Nm: Transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 8-kelajuan Varian ini turut menawarkan pilihan sistem pacuan semua roda (AWD) 4MOTION
  • Output kuasa 125kW (170ps) dan tork 390Nm: Transmisi automatik 8-kelajuan.

Varian diesel ini memiliki kapasiti tangki bahan api 70 liter.

Sistem Hibrid Plug-in (eHybrid)

Menggunakan gabungan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan motor elektrik yang menghasilkan output keseluruhan 171kW (232ps), dan dipadankan transmisi automatik dan pacuan roda depan (FWD).

Elektrik (e-Transporter)

Model sifar emisi ini digerakkan motor elektrik dengan bateri 70kWj. Berdasarkan brosur rasmi, jarak pemanduan dan prestasi adalah seperti berikut:

  • Output kuasa 100kW (136ps): Menawarkan gabungan jarak pemanduan elektrik gabungan sehingga 315km
  • Output kuasa 160kW (218ps): Menawarkan prestasi seimbang untuk kegunaan bandar dan lebuh raya dengan jarak pemanduan sehingga 307km
  • Output kuasa 210kW (286ps): Varian elektrik paling berkuasa dengan pecutan 0 – 100kmj sepantas 7.4 saat dan jarak pemanduan sehingga 288km
  • Sistem pengecasan: Menyokong pengecasan pantas (DC) sehingga 125kW yang membolehkan bateri dicas dari 10 – 80 peratus sepantas 39 minit

Commerce Pro S

Volkswagen turut memperkenalkan varian Commerce Pro S kepada pelanggan yang mahukan imej profesional dengan sentuhan rekabentuk bergaya seperti rim aloi 17 inci hitam kilat dan bar sisi bersudut.

Harga

  • Sportline SWB (Van Panel): £62,752 (RM336,980)
  • Sportline LWB (Van Panel): £63,796 (RM342,580)
  • Sportline SWB (Kombi 5-kerusi): £65,128 (RM349,740)
  • Sportline LWB (Kombi 5-kerusi): £66,172 (RM355,340)
  • Sportline 75 Special Edition (Van Panel): £64,552 (RM346,640)
  • Sportline 75 Special Edition (Kombi): £66,928 (RM359,400)
  • Commerce Pro S SWB (Van Panel): £53,086 (RM285,070)
  • Commerce Pro S LWB (Van Panel): £54,130 (RM290,680)

Pesanan Commerce Pro S dibuka akhir Februari 2026, manakala Sportline dibuka April 2026 dan penghantaran bermula Mei 2026.

Spesifikasi Utama Transporter Sportline

Volkswagen Transporter Sportline 2026
  • Rim aloi premium 19 inci potongan berlian dan penutup hab Sportline
  • Lampu depan IQ Light LED Matrix dengan fungsi aluan (coming home) dan leaving home serta Bantuan Lampu Dinamik  (DLA)
  • Bampar depan gaya dogbone agresif
  • Spoiler belakang sport dengan kemasan hitam kilat
  • Gril hitam kilat dengan garisan merah khas Sportline
  • Rel bumbung dan skirt sisi hitam kilat
  • Spring Eibach
  • Cermin sisi kuasa dengan pemanas dan boleh lipat elektrik
  • Kerusi sport kulit eko buatan tangan dengan sulaman timbul Sportline dan jahitan merah
  • Karpet lantai Sportline dan stereng kulit dengan fungsi pemanas
  • Lampu ruang kaki dan plat sil pintu logam iluminasi dalam kabin
  • Frem paparan hitam kilat tinggi dan visor matahari dengan cermin iluminasi
  • Entri tanpa kunci (keyless) dengan SAFELOCK dan kamera paparan kawasan Area View
  • Kapasiti tangki bahan api 70 liter (khas model TDI)

Ciri Tambahan Sportline 75

  • Warna cat eksklusif Moss Green (hijau)
  • Cermin sisi eksklusif dengan lencana Sportline 75
  • Balutan kulit eko dengan jahitan kontras hijau dan sulaman timbul Sportline
  • Stereng sport multifungsi balutan kulit tiruan (leatherette) dengan jahitan kontras hijau dan fungsi pemanas
  • Label nombor siri edisi terhad
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4 Volkswagen Volkswagen Bus Volkswagen Transporter Volkswagen Transporter Sportline Volkswagen Transporter Sportline 75 Special Edition vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.