Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Tiguan 2024 Baharu yang Sedikit Panjang dengan Pilihan Enjin Hibrid hingga Diesel Turbo
Roda4

Volkswagen Tiguan 2024 Baharu yang Sedikit Panjang dengan Pilihan Enjin Hibrid hingga Diesel Turbo

Abang HirataBy Abang Hirata07/07/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIGUAN adalah antara model terlaris Volkswagen hari ini. Sejak diperkenal pada 2007, lebih 7.6 juta unit kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu terjual serata dunia, termasuk pasaran tempatan.

Generasi kedua dikeluarkan sejak 2016 dan kini tiba masa untuk model baharu. Volkswagen Tiguan baharu menggunakan platform Modular Transverse Matrix yang dipertingkat atau dikenali sebagai MQB evo.

Sebagai gergasi automotif, Volkswagen dapat memanfaatkan skala ekonomi MQB evo dengan melengkapkan Tiguan dengan pelbagai ciri canggih seperti DCC Pro dan trenkuasa hibrid.

Volkswagen Tiguan hibrid boleh dipandu sejauh 99km dengan mod elektrik, manakala pengecasan AC lebih pantas untuk semua model eHybrid selain turut menawarkan fungsi pengecasan pantas DC.

Luaran

  • Bahagian depan Tiguan, terutama R-Line tampil garang dengan gril lebar dan besar. Varian lain juga menyerlah dan tidak menggunakan gaya selamat seperti sebelum ini.
  • Gril atas Tiguan mempunyai bar nyalaan lampu seperti Passat baharu. Selain itu, bukaan gril radiator dialihkan ke sisi bampar dengan tirai udara memastikan aliran udara optimum.
  • Bagi varian terpilih, Tiguan dilengkapi lampu besar matriks Q.LIGHT HD yang sebelum ini diguna pada Touareg baharu.
  • Bahagian depan direka kemas berjaya mengurangkan pekali seretan (Cd) daripada 0.33 kepada 0.28Cd.
  • Bahagian sisi membawa gaya beralun dan mengembang pada panel belakang dan tanpa garis bahu bersambung seperti sebelum ini. Volkswagen menawarkan rim hingga 20 inci bagi mengisi ruang roda.
  • Bahagian belakang pula nampak sibuk dengan lampu sebaris pada pintu but dan seperti bahagian depan, bampar belakang R-Line dibuat agresif.

Dalaman

  • Tampil moden dan canggih melalui rekaan papan pemuka dan Digital Cockpit dengan meter digital dan lapisan antisilau dalam bentangan melintang.
  • Maklumat pemanduan turut dipancarkan melalui sistem papar pandu (HUD). Varian terpilih dengan skrin 15 inci pada tengah papan pemuka begitu menyerlah seolah-olah memandu sambil membuka komputer riba.
  • Tombol pada konsol tengah mempunyai skrin mini dan boleh mengawal suara audio, lampu latar belakang dan profail pemanduan. Tetapan kereta juga boleh dibuat melalui arahan suara.

Trenkuasa dan Ciri

  • Menggunakan platform MQB evo, Tiguan boleh dimuatkan pelbagai rangkaian kuasa seperti diesel turbo (TD), petrol turbo (TSI), petrol turbo mild hybrid (eTSI) dan hibrid plug-in (eHybrid).
  • Sama seperti siri elektrik ID. dan Passat baharu, fungsi tukaran gear dialih pada tuil sebelah kanan stereng. Lebih padat apabila kesemua varian Tiguan dilengkapi pedal anjakan gear di sebalik stereng.
  • Dari segi pengendalian, VW merombak semula kawalan suai casis DCC (varian terpilih) dan turut menawarkan sistem DCC Pro dengan penyerap hentak yang mempunyai dua injap.

  • Sistem Pengurusan Dinamik Kenderaan (VDM) dijadikan ciri asas Tiguan yang sebelum ini diperkenal pada Golf GTI.
  • Tiguan terpilih dilengkapi kerusi ergoActive boleh laras 4-tetapan pneumatik pada bahagian belakang dengan fungsi urutan, dan turut dilengkapi fungsi pengaktifan pemanasan atau pengudaraan kerusi secara automatik.
  • Teknologi bantuan pemanduan asas terdiri daripada Bantuan Sisi: Sistem Tukar Lorong (LDS), Bantuan Depan: Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Bantuan Laluan dan Paparan Isyarat Jalan Dinamik (DRSD).
  • Dari segi dimensi, tinggi, lebar dan jarak roda lebih kurang sama dengan model terdahulu kecuali panjang bertambah kira-kira 300mm. Walaupun sedikit panjang, kapasiti kargo bertambah 37 liter kepada 652 liter (pada aras penyandar kerusi belakang).

Tanpa menunggu terlalu lama selepas pengenalan ini, pasaran terpilih akan menerima Tiguan baharu pada suku pertama 2024. Satu lagi yang perlu diketahui, adakah Volkswagen akan memperkenalkan Tiguan Allspace dengan 7-kerusi seperti sebelum ini?

Roda4 volkswagen tiguan Volkswagen Tiguan 2024 vw
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.