Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Tawar Pakej Aksesori ‘JOIN’ untuk 5 Model, Tempahan Melalui Lazada
Auto Terkini

Volkswagen Tawar Pakej Aksesori ‘JOIN’ untuk 5 Model, Tempahan Melalui Lazada

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan barisan model edisi khas, dikenali sebagai JOIN. Dilancarkan pada acara Volkswagen Fest 2018 (12-14 Oktober) di Setia City Convention Centre (SACC), Setia Alam, pakej aksesori JOIN itu ditawarkan pada model utama Volkswagen seperti:

  • Polo
  • Vento Comfortline dan Highline
  • Tiguan Highline
  • Passat Comfortline

Aksesori JOIN didatangkan dengan plat sisi, spoiler belakang, spoiler but, Volkswagen Tint dan pelbagai tambahan ciri eksklusif bernilai hingga RM12,000 mengikut model pilihan.

JUALAN DI LAZADA


VPCM turut bekerjasama dengan Lazada apabila membuka tempahan 25 unit JOIN secara eksklusif dilaman beli-belah atas talian itu bermula 12-18 Oktober ini. Pelanggan hanya perlu bayar harga kereta untuk menerima pakej aksesori JOIN secara percuma.

Bagi membuat tempahan, pelanggan perlu membuat bayaran RM799 (Polo JOIN dan Vento JOIN) atau RM1,699 (Passat Comfortline JOIN dan Tiguan JOIN) menerusi Lazada Wallet, kad kredit atau perbankan atas talian. Kemudian, pembeli akan menerima panggilan daripada Volkswagen untuk memilih pengedar yang diingini, dan seterusnya melengkapkan urusan pendaftaran dan penyerahan model tersebut.

BACA >>> Pelaksanaan SST: Model Volkswagen CKD Lebih Murah, Versi CBU Pula Naik Harga

AKSESORI JOIN BERBEZA IKUT MODEL

1. POLO JOIN

Harga: RM81,990
Pilihan Warna: Candy White (putih), Carbon Steel Grey (kelabu), Flash Red (merah) dan Reflex Silver (perak).
Aksesori: Plat sisi, spoiler but, spoiler belakang hitam, kemasan sisi, kerusi kulit dan VW Tint bernilai RM7,000.

Dilengkapi enjin petrol 1.6L MPI dengan transmisi automatik 6-kelajuan Tiptronic dan mod Sport serta tork maksimum 153Nm @ 3,800rpm.

* MPI – Multi-Point Injection (Suntikan Multi-Poin)

2. VOLKSWAGEN VENTO COMFORTLINE JOIN & HIGHLINE JOIN


Harga: RM91,690 dan RM98,490
Pilihan Warna:  Vento Comfortline: Candy White (putih) dan Carbon Steel Grey (kelabu); Vento Highline: Carbon Steel Grey (kelabu) dan Deep Black (hitam).
Aksesori: Kemasan but, spoiler belakang, kemasan sisi, plat sisi, kerusi kulit dan VW Tint bernilai RM7,000.

Vento Highline dikuasakan enjin 1.2L TSI (103hp, 175Nm) dan transmisi automatik  7-kelajuan DSG, manakala Vento Comfortline pula dijana enjin 1.6L MPI (103hp, 153Nm) dan transmisi automatik 6-kelajuan.

BACA >>> #PanduUji: Volkswagen Golf GTI Mk7.5 yang Minimalis, Halus dan Memuaskan

3. VOLKSWAGEN TIGUAN HIGHLINE JOIN


Harga: RM175,990
Pilihan Warna: Deep Black (hitam), Pure White (putih) dan Tungsten Silver (perak).
Aksesori: Elemen rekabentuk tambahan di depan, spoiler belakang, kemasan but, hujung ekzos krom, plat pelindung belakang, pemijak kaki dan VW Tint bernilai RM10,000.

Tiguan menggunakan gabungan enjin turbo 1.4L TSI (148hp, 250Nm) dan transmisi automatik 6-kelajuan DSG.

4. VOLKSWAGEN PASSAT COMFORTLINE JOIN


Harga: RM188,690
Pilihan Warna: Deep Black (hitam), Manganese Grey (kelabu), Pure White (putih) dan Reflex Silver (perak).
Aksesori: Pedal sport aluminium, plat sisi, rim aloi Marseille 18 inci dan VW Tint bernilai RM12,000.

Passat Comfortline dikuasakan enjin 1.8L TSI yang dipadankan transmisi automatik 7-kelajuan DSG.


SKIM PERLINDUNGAN HARGA

Semua model JOIN turut ditawarkan dengan Skim Perlindungan Harga (PPS) Volkswagen yang sebelum ini sah untuk semua model Volkswagen berdaftar sebelum 30 November ini, selagi stok masih ada. Semua model Volkswagen ditawarkan penyenggaraan percuma selama tiga tahun, selain waranti kilang dan bantuan jalanan 5 tahun.

GALERI
Aksesori Volkswagen JOIN Auto Terkini Volkswagen Volkswagen Fest 2018 Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) Volkswagen Polo JOIN Volkswagen Tiguan Highline JOIN Volkswagen Vento Comfortline Volkswagen Vento Comfortline JOIN Volkswagen Vento Highline JOIN
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.