Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Mengaku Berbaloi Buat Helah April Fool Tukar Nama Voltswagen
Auto Terkini

Volkswagen Mengaku Berbaloi Buat Helah April Fool Tukar Nama Voltswagen

ShawkathBy Shawkath07/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


JENAKA menukar jenama Volkswagen kepada ‘Voltswagen’ yang menjadi tular dan mencetuskan polemik hangat sejak awal minggu lalu sebenarnya diketahui pengurusan tertinggi pengeluar itu.

Pihak atasan Volkswagen sendiri tahu risiko bakal dihadapi, tetapi percaya helah memperdayakan media global dan orang ramai itu memang berbaloi dengan manfaat diterima pengeluar tersebut.

BACA >>> Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa…)

Satu artikel Auto News mendedahkan Volkswagen memang sengaja menyiarkan siaran akhbar bertarikh 29 April mengenai perubahan nama syarikat itu pada 29 Mac lalu. Dokumen itu dilaporkan belum habis dirangka (masih dalam keadaan tergantung).

Siaran akhbar tersebut disiarkan secara langsung selama sejam dan pautan pengumuman itu dikirim menerusi e-mel kepada wartawan profil tinggi dalam industri. Ketika itu, pengumuman berkenaan nampak seakan maklumat bocor daripada pihak Volkswagen. Rupanya, pihak di sebalik helah tersebut ialah agensi pemasaran utama Volkswagen, Johannes Leonardo.

We know, 66 is an unusual age to change your name, but we’ve always been young at heart. Introducing Voltswagen. Similar to Volkswagen, but with a renewed focus on electric driving. Starting with our all-new, all-electric SUV the ID.4 – available today. #Voltswagen #ID4 pic.twitter.com/pKQKlZDCQ7

— Volkswagen (@VW) March 30, 2021


Menurut maklumat siaran akhbar palsu dibocorkan itu, barisan pegawai eksekutif Volkswagen, termasuk jurucakap syarikat, Mark Gillies memberi jaminan kepada beberapa media perubahan nama tersebut adalah sah dan bukan lawak April Fool. Ini membuatkan ramai wartawan percaya kata-kata Gillies dengan menyiarkan laporan berita mengenai penjenamaan semula Volkswagen.

BERBALOI BUAT APRIL FOOL

SCOTT KEOGH
REINHARD FISCHER
KAREN DOYNE

Malah, Volkswagen turut menerbitkan siaran akhbar lengkap memetik Ketua Eksekutif Volkswagen Group Amerika Syarikat (AS), Scott Keogh meraikan perubahan nama Volkswagen kepada Voltswagen. 😅

Akhirnya, plot ‘April Fool’ Volkswagen terdedah dan perubahan nama itu disahkan sekadar gimik untuk menarik perhatian ramai terhadap model elektrik ID.4 baharu yang hendak dilancarkan.

Dalam temu bual bersama Auto News, Keogh berkata, nama Voltswagen disebut kalangan petugas Volkswagen sejak bertahun-tahun dan diketuai Naib Presiden Kanan Volkswagen Group AS, Reinhard Fischer.

Menurut Auto News lagi, pengurusan tertinggi Volkswagen memutuskan risiko mengelirukan wartawan dan orang awam sebagai ganjaran berbaloi.

What began as an April Fool’s effort got the whole world buzzing. Turns out people are as passionate about our heritage as they are about our electric future. So whether it’s Voltswagen or Volkswagen, people talking about electric driving and our ID.4 can only be a good thing. pic.twitter.com/Rzx8mJgxkT

— Volkswagen (@VW) March 31, 2021

Pakar Komunikasi Krisis Doyne Strategies, Karen Doyne pula berkongsi pendapat menerusi portal Ad Age mengenai kebenaran hal ganjaran diperoleh Volkswagen berikutan helah April Fool itu.

“Misi Volkswagen jelas iaitu mencipta berjuta-juta tajuk berita dan post berkait jenamanya dengan kereta elektrik. Nampaknya (mereka) berjaya dan ia berkesan. Misi tercapai,” katanya yang percaya orang ramai tidak melihat tindakan Volkswagen itu sebagai perbuatan ‘melampau’.

Walaupun Volkswagen mendakwa helah April Fool itu cuma hiburan, tetapi ada juga beberapa pihak terasa hati yang dikatakan cuba menutup isu skandal emisi diesel yang meletus sebelum ini.

BACA >>> Jurutera Volkswagen Mengaku Jadi Dalang Skandal Emisi Diesel
BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 4]: 15 Troll Pengguna Internet Terhadap Penipuan Volkswagen

SUMBER: CarScoops | AutoNews

April Fool Auto Terkini Jenaka VW April Fool Johannes Leonardo Lawak April Fool Automotif Scott Keogh Volkswagen ID.4
Shawkath

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.