Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Kongsi Foto Terbaharu Amarok (2023), Sahkan Enjin Petrol, Diesel Ditawarkan
Auto Terkini

Volkswagen Kongsi Foto Terbaharu Amarok (2023), Sahkan Enjin Petrol, Diesel Ditawarkan

Abang HirataBy Abang Hirata29/05/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Commercial Vehicles bakal melancarkan trak pikap Amarok (2023) baharu penghujung tahun ini, dibangunkan dengan kerjasama Ford yang terlebih dahulu melancarkan Ranger pada November tahun lalu.

Kerja merekabentuk dan pembangunan Amarok (2023) dibuat di Jerman dan Australia serta bakal dipasang di Afrika Selatan. Terbaharu Volkswagen berkongsi lebih banyak foto Amarok dan kali ini dalam bentuk samaran. Pengeluar itu sebelum ini pernah berkongsi lakaran luaran dan dalaman trak pikap itu.

BACA >>> Volkswagen Dedah Foto Awal Amarok Baharu, Kongsi Platform Ford Ranger!
BACA >>> Lelaki Ini Cipta Rekod Dunia, Cuma 3 Hari dari Dakar ke Moscow Pandu Volkswagen Amarok

Walaupun dalam bentuk samaran kamoflaj, foto kali ini memberi gambaran dunia sebenar dan Volkswagen turut mengesahkan beberapa maklumat asas seperti berikut:

Dimensi dan Keupayaan

  • Panjang 5,350mm (tambahan 100 mm) berbanding Amarok generasi pertama.
  • Jarak roda 3,270mm, peningkatan 175mm dan lebih ruang untuk model double cab.
  • Beban muatan hingga 1.2 tan.
  • Kapasiti tunda maksimum 3.5 tan.
  • Jarak redah air (fording depth) lebih baik berbanding generasi pertama.
Rangkaian Kuasa dan Bantuan Keselamatan
  • Satu pilihan enjin petrol.
  • Empat pilihan enjin diesel.
  • Enjin 4- dan 6-silinder dengan sesaran 2.0L hingga 3.0L.
  • Pilihan pacuan roda belakang (RWD), on demand atau semua roda (AWD) sepenuh masa.
  • Lebih 30 sistem bantuan pemanduan yang majoriti ciri baharu untuk Amarok.
Rekabentuk Luar

  • Lampu utama LED standard untuk semua varian.
  • Pilihan lampu utama IQ.Light hingga LED matrix.
  • Teks Amarok timbul (embossed) di depan dan belakang.
  • Lampu belakang LED.
  • Saiz rim hingga 21 inci dan tayar semua permukaan (all-terrain).
Dalaman
  • Kokpit digital dan unit infotainmen ala tablet.
  • Pilihan kerusi boleh laras 10-tetapan.
  • Tempat duduk bahagian belakang muat tiga dewasa.
Lima Varian
  • Amarok (aras mula).
  • Life
  • Style
  • PanAmericana (gaya off-road)
  • Aventura (jalanan)

Thailand menjadi hab pemasangan global trak pikap saiz sederhana dan ada ramai pembeli termasuk di negara jiran itu, tetapi Amarok tidak dijual di rantau sebelah sini. Bagaimanapun, ia bukan masalah kerana Amarok sudahpun terjual lebih 830,000 unit di Eropah, Amerika Selatan, Afrika Selatan dan Oceania.

BACA >>> SUV Prestasi Tinggi, Volkswagen T-Roc R (2022) Lancar di Eropah, Harga RM222k
BACA >>> #TahukahAnda: Volkswagen Sudah Bikin Kereta Elektrik Sejak 1972!

Lakaran VW Amarok generasi kedua

VW Amarok generasi pertama

 

Auto Terkini Volkswagen Amarok Volkswagen Amarok 2023 Volkswagen Commercial Vehicles VW Amarok
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.