Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Jetta, Jetta GLI 2025 untuk AS dengan Pilihan Transmisi Manual, Harga Mula RM103.6k
Roda4

Volkswagen Jetta, Jetta GLI 2025 untuk AS dengan Pilihan Transmisi Manual, Harga Mula RM103.6k

Abang HirataBy Abang Hirata01/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUATU ketika dahulu Volkswagen Jetta generasi keenam (A6) begitu terkenal di pasaran tempatan yang bukan saja kegunaan biasa, tetapi turut digemari untuk diubah suai.

Malah hingga kini ada peminat tersendiri. Ini kerana Jetta dikuasakan enjin turbo dan kotak gear dual-klac DSG dan juga sedan Eropah dalam julat harga model Jepun.

Di pasaran luar, Jetta berada dalam generasi ketujuh (A7) sejak diperkenal pada Januari 2018. Di sebalik kepesatan trenkuasa elektrifikasi, model itu nampaknya masih bertahan.

Terbaharu, Volkswagen memperkenalkan Jetta (foto bawah kiri) dan versi prestasi GLI 2025 (foto bawah kanan) untuk pasaran Amerika Syarikat (AS).

Tidak hanya tampil dengan perubahan luaran, dalaman dan teknologi, harga permulaan Volkswagen Jetta 2025 lebih rendah berbanding Jetta 2024 dengan kotak gear automatik.

Dalam trend rekabentuk rupa depan kereta masa kini yang agresif, Jetta tampil dengan bampar kemas dan tetap menyerlah. Berikut ringkasan model baharu ini:

  • Bukaan gril masih besar dengan lampu LED baharu yang mana varian Jetta Sport dan ke atas ditawarkan sebaris kluster lampu seperti model Volkswagen lain.
  • Bahagian belakang juga kemas dengan bar lampu horizontal bersambung dari kanan dan kiri.
  • Pada bahagian sisi, Jetta SE dilengkapi rim aluminium 17 inci dan aloi 18 inci untuk SEL dan GLI.
  • Ada dua warna baharu: Monterey Blue Pearl (biru cerah) dan Monument Gray (kelabu).
  • Ruang kabin menggunakan papan pemuka baharu dengan unit infotainment skrin sentuh 8 inci dan penyaman udara Climatronic Touch automatik untuk semua varian.
  • Bumbung suria ditawarkan sebagai pilihan.
  • Jetta S menggunakan kerusi fabrik Rhombus warna Titan Black (hitam), atau Storm Grey (kelabu), manakala Jetta Sport menggunakan fabrik Molekular seperti GLI 40th Edition.
  • Jetta SE menggunakan balutan kulit tiruan (leatherette) dwi-tona Microcloud.
  • Kerusi Jetta SEL menggunakan kulit Vienna.
  • Model prestasi Jetta GLI juga menggunakan kulitVienna dalam warna Grey (kelabu), Red Crust (merah), dan Titan Black (hitam) dengan sulaman benang merah.
  • Jetta dijana enjin 1.5L turbo dengan kotak gear automatik 8-kelajuan berkuasa 158hp.
  • Jetta GLI,  juga dikenali GTI dengan but, dikuasakan enjin 2.0L EA888 berkuasa 228hp dan tork 350Nm.
  • Pelanggan boleh memilih kotak gear automatik dual-klac (DSG) 7-kelajuan atau manual 6-kelajuan. Ini pilihan menarik kerana Golf GTI 2025 tidak lagi ditawarkan transmisi manual.
  • Turut dilengkapi brek lebih besar, diferensial kawalan elektronik (ECD) VAQ dan kunci diferensial elektronik (EDL) XDS.
  • Sistem suspensi adaptif DCC membantu pengendalian lebih mantap dan stabil.
  • Ekzos sport mengeluarkan deruman lebih garang.
  • Selain rim dan brek, Jetta GLI jelas dibezakan menerusi strip merah pada bampar depan dan rekabentuk bampar belakang dan memuatkan dua muncung ekzos.
  • Dari segi keselamatan, semua varian dilengkapi sistem IQ.DRIVE dengan radar depan dan belakang, kamera depan dan beberapa sensor ultrabunyi.
  • Sistem IQ.DRIVE terdiri daripada:
    • Bantuan Pemanduan: (bantuan pemanduan semi automatik)
    • Bantuan Depan: Amaran Pelanggaran Depan (FCW) dan Brek Kecemasan dengan Pengesan Pejalan Kaki).
    • Pemantau Titik Buta Aktif (ABSM)
    • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) Henti dan Mula (Stop & Go)
    • Bantuan Lorong: Sistem Kekal Lorong (LKS)
    • Bantuan Kecemasan: Bantuan kenderan semi automatik dalam situasi kecemasan perubatan

Volkswagen Jetta 2025 dijual pada harga bermula AS$21,995 (RM103,670) dan dijangka tiba di rangkaian pengedar pada suku ketiga 2024.

Volkswagen Jetta GLI 2025
Volkswagen Jetta 2025
Roda4 Volkswagen Volkswagen Jetta Volkswagen Jetta GLI Volkswagen USA vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.