• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen California 6.1 Beach - Van Kamper Khas untuk Kaki Jalan

Volkswagen California 6.1 Beach - Van Kamper Khas untuk Kaki Jalan

October 14, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

170
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TREND van kamper tempatan sekarang ini semakin meriah. Jika berminat, ada banyak cara untuk kita memiliki kenderaan 'perkhemahan' ini sama ada beli unit baharu, terpakai, rekon atau ubah suai van sedia ada.

Harga pula bermula lima hingga enam angka mengikut kaedah pembelian atau pengubahsuaian. Selain dapatkan sendiri, ada juga syarikat menyediakan khidmat penyewaan van kamper kepada anda yang mahu mengembara ke pelbagai destinasi.

Istilah van kamper merujuk kepada van dengan kelengkapan asas dan tidak semestinya ada ruang mandi dan tandas, manakala motorhome pula lebih mewah.

BACA >>> #BikinKereta: Ford Transit Custom - Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty

Contoh terbaik model van kamper ialah Volkswagen California 6.1 Beach yang ditawarkan dalam dua varian, Camper dan Tour. Van ini dikeluarkan Volkswagen Commercial Vehicles (VWCV), iaitu divisyen khas kumpulan induk Volkswagen untuk kenderaan dan van komersial.

Dua varian Camper dan Tour terseut ialah tambahan kepada van California 6.1 yang dilancarkan terdahulu dan disasarkan untuk menjadi pilihan keluarga besar dan pelanggan yang mahukan MPV lebih fleksibel bagi memenuhi hobi atau keperluan rekreasi.

Kedua-dua varian dilengkapi bumbung boleh buka manual jenis pop-up hidraulik, rim aloi 17 inci dan meja dengan dua kerusi lipat. Van ini digerakkan enjin 2.0 TDI berkuasa 148hp dengan transmisi dual-klac 7-kelajuan DSG.

Dari segi kemudahan, California Beach 6.1 Camper dilengkapi 4-kerusi standard atau pelanggan boleh memesan 5-kerusi. Lagi kelengkapan ialah dapur mini jenis tarik keluar (pull-out) dengan tungku dan sengkuap (awning) tarik keluar.

California Beach 6.1 Tour pula ada 5-kerusi sebagai ciri standard atau pilihan 6- dan 7-kerusi. Van ini juga mempunyai pintu gelungsur kedua-dua sisi untuk memudahkan akses masuk dan keluar. Dari segi harga* van sebegini tidak murah, California Beach 6.1 Camper dijual bermula £52,302 (RM283,310), manakala California Beach 6.1 Tour pula bermula £52,062 (RM282,010).

* Termasuk VAT, sebelum OTR

BACA >>> Volkswagen Tiguan (2020) Facelift Diperkenal dengan Tiga Varian Gaya Berbeza

GALERI

Artikel Berkaitan

170
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Camper Van, van kamper, Volkswagen, Volkswagen Commercial Vehicles, VW California Beach 6.1 Camper, VW California Beach 6.1 Tour

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my