KHAS buat anda yang mahukan kenderaan lebih rugged, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Volkswagen Beetle Dune Edisi Terhad.
Hanya terhad kepada 50 unit, model ikonik itu diinspirasikan daripada kereta buggy lagenda Amerika pada sekitar 1960 dan 1970-an. Volkswagen Beetle Dune Edisi Terhad menggabungkan aspek keberanian, gaya dan lasak.
HARGA
- Volkswagen Beetle Dune Edisi Terhad - RM179,990 (Tidak termasuk insurans)
PRESTASI
Dari aspek mekanikal, Volkswagen Beetle Dune Edisi Terhad dikuasakan unit enjin pengecas turbo 1.4L TSI. Dipadankan dengan kotak gear direct shift (DSG) 7-kelajuan, ia mampu menjana kuasa 148hp dan tork 250Nm.
REKAAN RANGGI
Hadir dalam warna kuning (Sandstorm Yellow) yang menyerlah, Volkswagen Beetle Dune Edisi Terhad dilengkapi lampu utama jenis Bi-Xenon dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED.
Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Mexico itu juga dipadankan dengan lampu belakang LED dan lampu kabus hadapan statik.
Manakala gaya signatur Volkswagen Beetle Dune Edisi Terhad terletak pada jalur hitam bersama kemasan sisinya. Untuk tampak kelainan, bampar hadapan dan belakang direka semula. Lebih garang, Volkswagen Beetle Dune dilengkapi rim aloi ‘Canyon’ bersaiz 18-inci.
HANYA 50 UNIT
Ya, hanya 50 unit saja ditawarkan. Pastikan anda membuat tempahan awal sebelum kehabisan stok.
Maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar Volkswagen berhampiran anda atau layari www.volkswagen.com.my.
Leave a Reply