Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Bangunkan Amarok 2027, Khusus Untuk Amerika Selatan
Auto Terkini

Volkswagen Bangunkan Amarok 2027, Khusus Untuk Amerika Selatan

Abang HirataBy Abang Hirata05/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

THAILAND merupakan hab global bagi pikap saiz sederhana namun anda tidak akan menemui Volkswagen Amarok di sana mahupun negara Asia Tenggara lain.

Apa yang menarik adalah, Amarok generasi pertama masih dikeluarkan meskipun generasi kedua dilancar pada 2022. Amarok baharu berkongsi pelantar dengan Ford Ranger T6 generasi kedua.

Ini bermakna VW menawarkan dua versi Amarok bergantung pada pasaran. Sebagai contoh Amarok generasi pertama di Argentina dan generasi kedua di Afrika Selatan.

Kini tiba masa untuk Amarok pasaran Amerika Selatan menerima pengganti apabila VW mengumumkan pelaburan AS$580 juta (RM2.57b) di Argentina dan membuka laluan untuk pengganti Amarok.

Model baharu ini akan dihasilkan di kilang Pacheco di Argentina bermula tahun 2027. Ia sedang dibangunkan khusus untuk pasaran Amerika Selatan dan akan mengukuhkan kedudukan segmen pikap yang penting dari segi strategik di rantau ini.

Dari segi rekabentuk, rupa depan Amarok Amerika Selatan menonjol dengan lampu sebaris yang tebal dan berbeza daripada Amarok global.

Volkswagen Amarok 2023

Walaupun Amarok baharu akan dibangunkan di Amerika Selatan dan dihasilkan untuk pasaran di sana, kerjasama sedia ada dengan Ford bagi pengeluaran Amarok generasi kedua di Afrika Selatan akan dikekalkan.

Dengan cara ini, VW akan terus memastikan bekalan kenderaan yang stabil ke pasaran antarabangsa dan pada masa yang sama menerapkan strategi produk yang dibangunkan khusus mengikut keperluan pasaran Amerika Latin.

Pelaburan di kilang Pacheco yang telah mengeluarkan lebih daripada 770,000 unit Amarok, akan ditumpukan secara khusus kepada keperluan model generasi baharu.

VW mahu menjadi peneraju teknologi global dalam kalangan pengeluar besar menjelang 2030. Komponen utama dalam usaha ini ialah mengembangkan kedudukan jenama di pasaran serantau dan membangunkan produk khusus mengikut pasaran.

Volkswagen Amarok 2023

VW sedang memperkenalkan teknologi pengeluaran baharu, menambah baik proses digital dan meningkatkan kecekapan tenaga.

Ini merupakan langkah penting untuk memastikan kilang Pacheco beroperasi secara mampan dari segi ekonomi dan teknologi.

VW tidak memperincikan mengenai ciri-ciri teknikal Amarok Amerika Selatan seperti pelantar dan rangkaian kuasa.

Volkswagen Amarok 2023

Amarok 2025 pasaran Argentina ditawarkan dalam tiga jenis enjin iaitu 3.0 liter V6 diesel turbo yang menghasilkan 258 kuasa kuda (hp) dan 580Nm. Enjin dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan empat roda 4Motion.

Sebuah lagi enjin, 2.0 liter diesel biturbo memiliki kuasa 180 hp dengan tork 400Nm dan 420Nm. Enjin ini dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan untuk model pacuan dua roda belakang dan manual enam kelajuan khusus bagi pacuan empat roda.

Enjin 2.0 liter diesel turbo menghasilkan 140 hp dan 340Nm dengan padanan kotak gear manual enam kelajuan dan pacuan dua roda.

Volkswagen Amarok 2027 Amerika Selatan

Volkswagen Volkswagen Amarok vw VW Amarok
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.