VOLKSWAGEN of America memperkenalkan Volkswagen Atlas 2027 serba baharu di Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2026.
Kenderaan utiliti sukan (SUV) generasi kedua itu dibina susulan kejayaan model asal dengan rekabentuk lebih menyerlah dan teknologi lebih pintar.
SUV kelas pertengahan jenama Jerman itu dipasang di Chattanooga, Tennessee yang menggaji kira-kira 4,000 tenaga kerja, sekali gus menyumbang kepada ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Volkswagen Atlas 7-kerusi dan Volkswgen Atlas Cross Sport 5-kerusi menyumbang 30 peratus jualan pada 2025.
Trenkuasa, Prestasi
Walaupun berada pada era elektrifikasi, Volkswagen Atlas 2027 dikuasakan enjin petrol 2.0L turbo, tetapi Volkswagen tetap merancang mempunyai varian hibrid yang akan diperkenalkan kelak.
SUV itu dibina berasaskan platform MQB Evo yang dipertingkat, dengan panjang bertambah kira-kira 25.4mm, manakala lebar, jarak roda dan tinggi kekal sama.
- Enjin EA888 4-silinder evo5 2.0L turbo TSI suntikan terus
- Output kuasa 286ps (meningkat 13ps berbanding model terdahulu), dan tork 350Nm
- Transmisi automatik 8-kelajuan
- Sistem pacuan roda depan (FWD) untuk varian Standard atau 4Motion untuk varian pacuan semua roda (AWD)
- Kapasiti tunda 2,268kg (dengan cangkuk pemasangan kilang)
- Varian bakal menyusul pada kitaran pertengahan akan datang
Rekabentuk Luaran, Estetik Moden
Volkswagen Atlas 2027 menampilkan rekabentuk luaran serba baharu bersama sistem lampu direka semula sepenuhnya. Penampilan luaran kini lebih dinamik dengan beberapa perincian utama seperti:
- Pencahayaan LED: Lampu depan LED bertingkat dan gril atas jenis bertutup (masked) dipadankan dengan bonet tegap
- Garisan lampu kembar dan lencana ‘VW’ bercahaya ialah standard untuk semua varian kecuali model asas
- Profil Sisi: Bahagian sisi kini lebih tegap dengan permukaan lebih kemas dan garisan badan tajam.
- Hendal pintu bercahaya dan lampu lopak (puddle lamps) dengan pancaran corak unik.
- Bahagian Belakang: Spoiler kini lebih menonjol dengan pintu belakang terletak rata dengan bampar
- Rekabentuk lampu belakang merentasi badan dilengkapi lampu signal dinamik standard dalam tiga animasi
- Rim dan Warna: Varian asas menggunakan rim 18 inci, manakala varian lain menerima rim aloi- aluminium 20 inci atau 21 inci dengan kemasan aloi mesin atau hitam
- Tiga warna baharu diperkenalkan: Blackberry (hitam), Sacramento Green (hijau), dan Sandstone (coklat)
Ruang Kabin, Keselesaan Premium
Bahagian dalaman direka dengan material mewah dan susun atur lebih praktikal. Antara pembaharuan utama adalah:
- Kokpit Moden: Tuas gear dipindahkan ke turus stereng untuk ruang pada konsol tengah yang besar
- Pilihan Warna: Ada tiga palet warna seperti Pebble Grey (hijau) yang cerah, Black (hitam) dan Dark Grey (kelabu gelap) yang dramatik
- Varian Kulit: Kemasan hiasan kayu asli ialah standard, manakala pilihan kulit Varenna atau Nappa hanya tersedia untuk dua varian atasan.
- Pencahayaan Ambien: Sistem 10 warna ialah standard, manakala varian atas menerima 30 pilihan warna.
- Ciri Atmospheres melaraskan tetapan cahaya dan audio. Varian tertinggi menambah corak spiral organik pada papan pemuka yang berubah melalui panel pintu dengan lampu latar pada baris pertama dan kedua
- Ciri Mesra Keluarga: Standard dengan pintu belakang kuasa, pelindung cahaya matahari belakang, cermin sisi pemandu automalap, lampu but dua sisi, dan kawalan jarak parkir depan dan belakang
- Keselesaan Tempat Duduk: Corong udara baharu pada pilar-B dan pilihan pengudaraan tempat duduk baris kedua
- Pemandu menerima kerusi ergonomik 12-tetapan dengan sokongan lumbar 4-tetapan
- Varian tertinggi menambah sokongan peha dan fungsi urutan 4-tetapan pada kedua-dua kerusi depan
- Kerusi kapten dan bumbung suria panoramik tersedia untuk hampir semua varian
Teknologi Pintar, Keselamatan
Volkswagen Atlas 2027 juga dilengkapi teknologi pintar dan ciri keselamatan menyeluruh dan terkini seperti:
- Paparan Digital: Unit infotaimen 15 inci (12.9 inci untuk model asas) yang dipadankan dengan Digital Cockpit Pro 10.25 inci
- Tombol Driver Experience pada konsol tengah berfungsi mengawal audio, mod pandu dan ciri Atmospheres
- Konektiviti: Pengecas wayarles Qi2 untuk dua telefon secara bersebelahan dan tujuh port USB Type-C tersedia dalam kabin
- Sistem pembantu suara AI Premium Speech disertakan dengan langganan percubaan selama setahun
- Sistem Audio: Varian asas dipertingkat kepada sembilan pembesar suara, manakala sistem 14 pembesar suara Harman Kardon tersedia untuk varian atasan
- Pakej Keselamatan IQ.DRIVE: Membolehkan menukar lorong atas arahan pemandu dalam halaju 0 – 153kmj.
- Ciri bantuan kecemasan Emergency Assist mampu membantu membawa kenderaan ke bahu jalan jika berlaku kecemasan perubatan
- Versi terbaharu Park Assist Plus turut ditambah pada varian atasan
- Beg Udara: Tanbahan beg udara tengah depan menjadikan jumlah keseluruhan tujuh beg udara

















































































