Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Amarok (2023) UK dengan Enjin 2.0L, 3.0L Diesel Turbo, Harga Mula RM231k!
Roda4

Volkswagen Amarok (2023) UK dengan Enjin 2.0L, 3.0L Diesel Turbo, Harga Mula RM231k!

Abang HirataBy Abang Hirata13/06/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Commercial Vehicles mengumumkan spesifikasi dan harga trak pikap Volkswagen Amarok (2023) baharu untuk pasaran Britain.

Trak pikap premium itu ditawarkan dalam empat varian: Life, Style, PanAmericana dan Aventura yang semua menggunakan sistem pacuan empat roda (4WD) 4MOTION.

Walaupun berkongsi banyak komponen dengan Ford Ranger T6 (foto atas) baharu, Volkswagen mengolah semula Amarok seperti model baharu sepenuhnya dengan luaran dan dalaman berbeza.

Bahagian depan Amarok tampil seperti model Volkswagen lain yang dipasang palang melintang pada gril atas. Bahagian belakang menggunakan lampu corak C dan teks Amarok besar. Seperkara menarik dan berlawanan, lampu depan Ford Ranger menampilkan suluhan cahaya bentuk C.

Jarak roda panjang mewujudkan lebih ruang untuk penumpang, manakala juntaian pendek memberi kelebihan atas laluan off-road. Volkswagen meletakkan Amarok (2023) dalam segmen premium yang dilengkapi  30 ciri teknologi bantuan pemandu.

Dari segi susunan, Volkswagen Amarok Life ialah varian aras mula dengan rim aloi Combra 17 inci, lampu depan LED, skrin infotainmen 10 inci dan sistem kamera pandang belakang.

Varian ini dijana enjin 2.0 TDI berkuasa 168hp dengan transmisi manual 6-kelajuan atau pilihan 203hp dengan transmisi automatik 10-kelajuan.

Volkswagen Amarok Style pula dilengkapi rim aloi Amadora 18 inci, palang krom, pemijak sisi hitam dan juga kemasan krom. Turut dilengkapi unit infotainmen 12 inci dengan fungsi navigasi dan tambahan kamera Area View 360°.

Varian ini pula digerakkan enjin 2.0 TDI berkuasa 203hp, atau 3.0 TDI berkuasa 238hp.  Kedua-dua varian Style menggunakan transmisi automatik 10-kelajuan.

Volkswagen Amarok PanAmericana dibuat untuk off-road dengan ciri seperti kunci diferensial belakang (RDL) dan pelindung bawah. Varian ini dipasangkan rim aloi Amadora hitam saiz 18 inci dan bampar premium dengan corak X hitam.

Hanya satu enjin ditawarkan, iaitu 3.0 TDI berkuasa 238hp dan dipadankan transmisi automatik 10-kelajuan.

Akhir sekali, varian paling premium, Volkswagen Amarok Aventura paling menonjol dengan rim perak Varberg 21 inci, cermin sisi dan hendal pintu krom dan bampar premium dengan corak X perak. Enjin dan transmisi sama seperti varian PanAmericana.

Harga varian Aventura juga paling tinggi, iaitu £57,591 (RM327,120) manakala varian aras mula Life (168hp) berharga £40,791 (RM231,700).

BACA >>> Volkswagen ID.Buzz Dipilih Kereta Terbaik COTY 2023!
BACA >>> Volkswagen Perkenal Unit Pacuan RWD APP550 untuk Model EV, Tork Setinggi 550Nm!

Volkswagen Amarok Aventura
Volkswagen Amarok 2023
Volkswagen Amarok 2023
Volkswagen Amarok PanAmericana
Roda4 Trak pikap Volkswagen Volkswagen Amarok Volkswagen Amarok 2023 Volkswagen Amarok Aventura Volkswagen Amarok PanAmericana vw VW Amarok
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.