Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Vietnam Lancar Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition, Harga RM8,740
Roda2

Vietnam Lancar Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition, Harga RM8,740

AryonBy Aryon21/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Vietnam secara rasmi melancarkan Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition (Malaysia: Y15ZR) dengan seragam baharu yang mengambil ilham jentera MotoGP 2019, YZR-M1 yang ditunggang duo Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

Seperti kami siarkan dalam artikel terdahulu, super moped ini diperkenalkan pada 12 Mei lalu sempena Yamaha Fest 2019 anjuran Yamaha Vietnam sendiri, iaitu acara tahunan yang menghimpunkan pemilik dan peminat Exciter 150 seluruh Vietnam.

BACA >>> Yamaha Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition Akan Debut di Vietnam

Seperti kita semua tahu, mat motor Vietnam pun boleh tahan juga fanatik mereka dengan Exciter 150.

Sama seperti M1, seragam Exciter 150 ini menampilkan latar hitam dengan grafik  logo Monster Energy berupa cakaran raksasa berwarna hijau. Juga ada aksen biru sebagai warna rasmi Yamaha berserta logo penaja, ENEOS dan Monster Energy selain Yamaha sendiri pada badan dan fairing.

Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition ini dijual pada harga 48,990 dong (RM8,740). Namun sama seperti Malaysia, harga pasaran sebenar model edisi khas ini dijangka meroket tinggi apabila sampai pada wakil pengedar seluruh Vietnam.

MALAYSIA, INDONESIA AKAN MENYUSUL?

Susulan pelancaran Exciter edisi khas ini, negara Asean lain juga akan menyusul, terutama Malaysia (Y15ZR) dan Indonesia (MX King 150), dijangka beberapa bulan lagi.

Tahun lalu Y15ZR edisi MotoGP diperkenalkan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada Julai 2018 yang diberikan bersama miniatur model itu dan gelang kecergasan. Malah, harga juga naik RM700 daripada model asal RM8,588 (sila tambah sendiri).

BACA >>> Yamaha Y15ZR Edisi GP (2018) Diperkenal, Tampil Grafik Ilham Jentera MotoGP

Mengambil kira Y15ZR V2 atau facelift, yang dilancarkan bulan lalu, berharga RM8,168, ada kemungkinan harga edisi MotoGP versi Malaysia ialah RM8,868 selepas ditambah RM700.

Tetapi tidak perlulah bersusah hati, kerana semua itu cuma atas kertas saja. Harga sebenar pasti melambung tinggi dan tidak mustahil mencecah RM10,000-RM12,000 kerana kita semua sayang ketat-ketat YSukukan?

GALERI
Yamaha Yamaha Exciter 150 Yamaha Exciter 150 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition Yamaha Exciter 150 MotoGP 2019 Yamaha Vietnam Yamaha Y15ZR
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.