• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vietnam Bawa Masuk Honda CB650R dari Thailand, RM43k Sahaja

Vietnam Bawa Masuk Honda CB650R dari Thailand, RM43k Sahaja

March 5, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS beberapa bulan dilancarkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2o19, Honda CB650R kini memasuki pasaran Vietnam. Semua 12 unit itu dibawa masuk Honda Vietnam dari Thailand dalam warna hitam, merah dan perak pada harga 246 juta dong (RM43,200).

Dari segi rekabentuk, CB650R bolehlah dianggap sebagai versi miniatur untum CB1000R yang mewarisan gaya Neo Cafe dengan rupa retro moden berbanding siri CB terdahulu. Walaupun berharga separuh lebih murah daripada CB1000R, tetapi sekilas pandang, CB650R nampak sangat mirip dengan abangnya itu dan hampir pasti mengundang jelingan orang ramai.

BACA >>> Honda CB650R (2019), Sang Naked yang Lebih Agresif dengan Konsep Neo Retro

LEBIH RINGAN, BERPRESTASI

Sama seperti famili CB baharu lain, CB650R tampil dengan lampu depan LED 2 aras (atas-bawah). Signal belok juga bercirikan LED denagn rekaan kompak dan slik. Sudut stereng dirombak bagi membantu postur tunggangan yang lebih ke depan. Ia juga membantu fleksibiliti jentera ini ketika menunggang dalam bandar tanpa mengetepikan keselesaan tunggangan jarak jauh. Model ini turut disepadukan dengan butang khas untuk sistem kawalan traksi.

CB650R dibina berasaskan casis bentuk berlian, dicanai dengan metod tekanan (stamping) yang mengurangkan 1.9kg berat jentera berbanding model terdahulu. Silinder elips ganda lebih rigid diperkenalkan untuk meningkatkan prestasi dan respon jentera.

BACA >>> Honda CB150 Verza (2019) Tampil Warna, Grafik Baharu di Indonesia, RM5.6k Sahaja

CB650R  turut dipasangkan suspensi fork terbalik (USD) Showa SFF di depan jenis prabeban dan damper boleh laras yang mampu memberikan traksi maksimum. Ini juga antara ciri menarik dimiliki model middleweight ini yang memberikan lebih nilai kepada pemilik.

DWI CAKERA, ABS DAN SKRIN LCD

Suspensi belakang diserahkan kepada unit monoshock untuk menggalas berat jentera 202kg, lebih ringan 6kg berbanding model terdahulu hasil daripada casis ringan dan penambahbaikan tangki petrol baharu dan peg kaki. Sistem brek terdiri daripada dwi brek cakera berdiameter 310mm di depan, dan brek tunggal 240mm di belakang yang siap dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dual saluran.

Ciri lain ialah paparan skrin LCD maklumat penuh tentang kelajuan, termometer, posisi gear digital, jam dan indikator signal dengan kluster meter direka kompak untuk memberikan fiil kompak.

Akhir sekali, CB650R dijana enjin 16 injap 649cc DOHC berkuasa 93.8hp @ 12,000rpm dan tork 64Nm @ 8,500rpm. Menurut Honda, blok enjin dipertingkat untuk mengurangkan geseran tork pada kitaran 5,500rpm yang memberikan 5 peratus prestasi apabila mencapai rev 10,000rpm.

BACA >>> #TunggangUji: Honda CB250R - Retro Moden dengan Resepi Gaya dan Keunggulan

Tidak dilupakan ciri khas seperti Kawalan Tork Pilihan Honda (HSTC) untuk memaksimumkan traksi roda belakang, termasuk ciri klac anti gelincir, Assist & Slipper (A&S) dua hala untuk anjakan gear lebih lancar.

CB650R tiada dalam barisan produk Boon Siew Honda di Malaysia yang setakat ini membariskan CB1000R, dan CB250R untuk famili CB dengan rekabentuk Neo Sport Cafe.

GALERI

SUMBER: : News.Zing

Artikel Berkaitan

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CB650R, Honda Neo Sport Café, Honda Vietnam, motosikal middleweight, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia
    FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my