Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#Videotomotif: Siapa Berani Kata Pulsar NS200 Motor Cikai Wajib Tonton Video Ini!
Roda2

#Videotomotif: Siapa Berani Kata Pulsar NS200 Motor Cikai Wajib Tonton Video Ini!

Abang GYLBy Abang GYL20/04/20192 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK dinafikan kehadiran barisan model Pulsar daripada Modenas memberi impak besar, terutama mereka yang mengidamkan motosikal ‘besar’ pada harga mampu milik.

Buktinya, Modenas sudah menerima 1,500 unit tempahan untuk model Pulsar RS200 dan NS200 dalam tempoh kurang sebulan selepas dilancarkan.

Dari segi jenama, model yang dijenamakan semula (rebadge) daripada Bajaj itu sudahpun dikenali umum. Malah, sudah terbukti ketahanan dan kelasakannya. Jika anda salah seorang pemilik Pulsar NS200, ini memang motosikal pilihan yang tepat buat anda.

BACA >>> Modenas Lancar 3 Model Bajaj – Harga Pula ‘Tak Masuk Akal’, Bermula RM5,989!

 

ujian dalam air pulsar ns200

Kenapa kami kata begitu? Kami tertarik dengan salah satu video yang menunjukkan Pulsar NS200 sedang menjalani ujian dalam air. Dengan kedalaman air 16.5 inci, sportbike itu perlu menempuhi empat ujian berbeza, terdiri daripada:

  • Bergerak dalam air.
  • Motosikal bergerak dan berhenti dalam air ketika enjin masih hidup sebelum bergerak semula.
  • Motosikal berhenti sepenuhnya, dan enjin dipadamkan. Kemudian enjin dihidupkan semula dan bergerak seperti biasa.
  • Motosikal berhenti, dan enjin dipadamkan selama 30 minit. Selepas itu, enjin dihidupkan semula.

BACA >>> Lepas 2 Minggu Bawa Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat!!!

Jelas sekali keempat-empat ujian itu bukan penghalang buat Pulsar NS200 kerana masih mampu bergerak walaupun ekzos terendam sepenuhnya dalam air.

Model naked bike Modenas Pulsar NS200 itu dijana enjin 199cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 23.1hp @ 9,500rpm, dan tork 18.6Nm @ 8,000rpm. Harga atas jalan pula RM9,222. Berminat?

Sekarang mari kita saksikan video ujian tersebut.

ketahanan pulsar ns200 modenas pulsar NS200 motor cikai roda2 ujian pulsar ns200 videotomotif
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.