Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Videotomotif: Bagaimanakah Jentera MotoGP Pengaruhi Gaya Tunggangan Pelumba?
Autotainment

#Videotomotif: Bagaimanakah Jentera MotoGP Pengaruhi Gaya Tunggangan Pelumba?

ZYBy ZY19/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPANJANG sejarah perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP, ada satu perkara boleh pelumba ubah selain jentera itu sendiri, iaitu gaya tunggangan.

Setiap penambahbaikan gaya tunggangan mampu mengerah potensi jentera ke tahap maksimum. Walaupun nampak sama saja jika dilihat dari jauh, faktanya setiap pelumba ada gaya tunggangan tersendiri.

BACA >>> Syarat Baru MotoGP 2018 – Semua Pelumba Wajib Pakai Sut Beg Udara

Pelumba Finland, mendiang Jarno Saarinen, misalnya, adalah pelumba pertama yang menggunakan gaya ‘hang off’dengan melunjurkan lutut ketika membelok sekitar awal 1970-an. Lihatlah video di atas bagaimana pelumba sebelum era Jarno Saarinen membuat gaya tunggangan ‘hang-off’. Semuanya membelok secara menegak.

Sekarang bandingkan dengan gaya tunggangan Saarinen dalam video di atas. Perhatikan bagaimana beliau memyengetkan sedikit pinggulnya setiap kali mengambil selekoh.

Gaya tunggangan itu kemudian ditiru dan dipopularkan juara dunia, Kenny Roberts (video atas). Malah, beliau mengimprovisasi gaya tunggangan tersebut dengan merendahkan lutut hingga mencecah trek untuk menganggarkan had condong ketika membelok pada kelajuan tinggi.

Jarno Saarinen, pelumba kelas dunia pertama menggunakan gaya tunggangan ‘hang-off’ yang jadi ikutan setiap pelumba dan ‘acah’ pelumba hingga ke hari ini.

Seiring kemajuan teknologi terkini seperti pembuatan brek dan tayar yang semakin berkualiti, serta kehadiran unit bantuan tunggangan elektronik, pelumba-pelumba era moden seperti Valentino Rossi, Casey Stoner atau Marc Marquez mampu mengubah gaya tunggangan mereka ke tahap lebih tinggi sepanjang masa supaya sebati dengan jentera masing-masing.

Anda pasti perasan, setiap pelumba disebutkan itu memiliki gaya tunggangan yang unik dan tersendiri.

BACA >>> #RetroAuto: Kenny Roberts – Pelumba GP Legenda yang Cipta Skil Seret Lutut

Apakah perbezaan setiap jentera MotoGP seperti Yamaha, Honda, Ducati ataupun Suzuki dalam mempengaruhi gaya tunggangan penunggang? Sekarang kita selesaikan persoalan itu dengan menonton video berdurasi 3:17 minit di bawah ini:

SUMBER: MOTUL YouTube

Casey Stoner gaya tunggangan hanging off Jarno Saarinen Kenny Robert Marc Marquez Maverick Viñales MotoGP riding style roda2 Valentino Rossi videotomotif
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

13/03/2026
Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.