• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Bagaimanakah Jentera MotoGP Pengaruhi Gaya Tunggangan Pelumba?

#Videotomotif: Bagaimanakah Jentera MotoGP Pengaruhi Gaya Tunggangan Pelumba?

January 23, 2018 By ZY Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPANJANG sejarah perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP, ada satu perkara boleh pelumba ubah selain jentera itu sendiri, iaitu gaya tunggangan.

Setiap penambahbaikan gaya tunggangan mampu mengerah potensi jentera ke tahap maksimum. Walaupun nampak sama saja jika dilihat dari jauh, faktanya setiap pelumba ada gaya tunggangan tersendiri.

BACA >>> Syarat Baru MotoGP 2018 - Semua Pelumba Wajib Pakai Sut Beg Udara

Pelumba Finland, mendiang Jarno Saarinen, misalnya, adalah pelumba pertama yang menggunakan gaya 'hang off'dengan melunjurkan lutut ketika membelok sekitar awal 1970-an. Lihatlah video di atas bagaimana pelumba sebelum era Jarno Saarinen membuat gaya tunggangan 'hang-off'. Semuanya membelok secara menegak.

Sekarang bandingkan dengan gaya tunggangan Saarinen dalam video di atas. Perhatikan bagaimana beliau memyengetkan sedikit pinggulnya setiap kali mengambil selekoh.

Gaya tunggangan itu kemudian ditiru dan dipopularkan juara dunia, Kenny Roberts (video atas). Malah, beliau mengimprovisasi gaya tunggangan tersebut dengan merendahkan lutut hingga mencecah trek untuk menganggarkan had condong ketika membelok pada kelajuan tinggi.

Jarno Saarinen, pelumba kelas dunia pertama menggunakan gaya tunggangan 'hang-off' yang jadi ikutan setiap pelumba dan 'acah' pelumba hingga ke hari ini.

Seiring kemajuan teknologi terkini seperti pembuatan brek dan tayar yang semakin berkualiti, serta kehadiran unit bantuan tunggangan elektronik, pelumba-pelumba era moden seperti Valentino Rossi, Casey Stoner atau Marc Marquez mampu mengubah gaya tunggangan mereka ke tahap lebih tinggi sepanjang masa supaya sebati dengan jentera masing-masing.

Anda pasti perasan, setiap pelumba disebutkan itu memiliki gaya tunggangan yang unik dan tersendiri.

BACA >>> #RetroAuto: Kenny Roberts - Pelumba GP Legenda yang Cipta Skil Seret Lutut

Apakah perbezaan setiap jentera MotoGP seperti Yamaha, Honda, Ducati ataupun Suzuki dalam mempengaruhi gaya tunggangan penunggang? Sekarang kita selesaikan persoalan itu dengan menonton video berdurasi 3:17 minit di bawah ini:

SUMBER: MOTUL YouTube

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Casey Stoner, gaya tunggangan, hanging off, Jarno Saarinen, Kenny Robert, Marc Marquez, Maverick Viñales, MotoGP, riding style, roda2, Valentino Rossi, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)
    #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my