Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#Videotomotif: Abang Gan Beli Volkswagen Tiguan Allspace Highline Jadi ‘Production Car’?
Pandu Uji

#Videotomotif: Abang Gan Beli Volkswagen Tiguan Allspace Highline Jadi ‘Production Car’?

FarahBy Farah23/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KALAU dulu sedan menguasai carta pembeli, tetapi hari ini permintaan terhadap kenderaan utiliti sukan (SUV) nampaknya sudah mulai menguasai hati pembeli Malaysia.

Perubahan trend itu berlaku kerana pembeli masa kini mahukan kenderaan yang menyediakan ruang lebih besar, memberikan prestasi cemerlang dengan ciri keselamatan lebih baik. Misalnya Volkswagen  Tiguan Allspace Highline ini!

Disebabkan ciri istimewa ini, abang kamera Pandu Laju, Hazry mahu menghasut Abang Gan  supaya belikan Tiguan Allspace Highline sebagai kereta syarikat untuk dijadikan kereta produksi (production car).

Caranya, Hazry mengajak Abang Gan pergi bermain golf dan sepanjang perjalanan dia cuba ‘meracun’ tentang apa yang menarik tentang Tiguan Allspace Highline.

RUANG DALAMAN LUAS

Sudah tentu ciri pertama paling memikat SUV ini adalah ruang dalaman luas dan praktikal! Dengan tujuh kerusi dalam tiga baris tempat duduk, model Volkswagen ini juga cukup fleksibel. Tempat duduk baris dan ketiga boleh dilipat untuk mendapatkan ekstra ruang hingga 1,775 liter!

Jadi tiadalah lagi masalah hendak menyimpan alat dan perkakasan penggambaran dalam SUV besar ini.

PENJIMATAN BAHAN API LUAR BIASA

Walaupun besar, Tiguan Allspace Highline ini juga menawarkan penjimatan bahan api ekonomi pada kadar penggunaan 7.3 liter per 100km. Prestasi ditawarkan juga padu kerana dikuasakan enjin 1.4TSI turbocas berkuasa 150ps dan tork 250Nm, manakala transmisi jenis automatik Direct Shift 6-kelajuan yang cukup lancar. Memang syok memandu kereta ini!

CIRI KESELAMATAN MANTAP

Tiguan Allspace Highline turut didatangkan dengan sistem keselamatan lengkap seperti 6-beg udara (dua depan, dua sisi dan dua tirai), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Respon Rempuhan Pintar (ICRS), sistem cegah kecurian dengan ciri anti-tunda, dan sistem brek multirempuh.

DALAMAN MODEN

Tidak dinafikan, kereta buatan Volkswagen memang menjanjikan kepuasan dari segi keselesaan. Lihat saja material Vienna Leather pada kerusi yang berkualiti tinggi. Malah, tempat duduk SUV ini siap dengan sokongan lumbar bagi mengurangkan rasa letih duduk lama dalam perjalanan jauh.

Menarik lagi, penyaman udara jenis 3-zon dan ada lampu ambien untuk memberikan mood nyaman dalam kabin. Ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto pula menjadikan SUV ini  menepati cita rasa dan trend pengguna masa kini.

ABANG GAN SUKA TAK?

Soalannya, adakah Abang Gan teracun dengan hasutan Hazry? Apakah ciri menarik lain Tiguan Allspace Highline? Apa kata tonton video di atas sampai habis.

videotomotif Volkswagen Volkswagen Tiguan Allspace Highline
Farah

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.