• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vespa Paling Berkuasa, GTS 300 HPE Super Lancar di Malaysia, Harga RM33,300!

Vespa Paling Berkuasa, GTS 300 HPE Super Lancar di Malaysia, Harga RM33,300!

December 3, 2020 By AI Leave a Comment

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi jenama Piaggio di Malaysia, Didi Resources Sdn Bhd memperkenalkan skuter teknologi tinggi dan berprestasi, Vespa GTS 300 HPE Super Tech.

Skuter jenama Itali paling canggih dalam segmennya itu dijual pada harga RM33,300 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Antara teknologi dibekalkan GTS 300 HPE Super Tech ialah:

  • Lampu LED penuh pada bahagian depan
  • Lampu belakang LED
  • Rekaan baharu depan dan belakang
  • Perumah cermin sisi krom
  • Rekaan tie depan baharu dengan kemasan kuning
  • Rekaan rim baharu kemasan hitam kusam dan dekal kuning
  • Grafik badan
  • Absorber depan kuning
  • Pelana boleh bukan dengan alat kawalan jauh
  • Kluster instrumen TFT 4.3 inci warna penuh
  • Aplikasi sistem konektiviti Vespa Mia dengan sistem navigasi
  • Kawalan Traksi Elektronik (ASR) serta dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan dan belakang

Sistem konektiviti telefon pintar MIA membolehkan penunggang menerima notifikasi media sosial, menjawab panggilan telefon, akses muzik menggunakan telefon dan navigasi.

Output enjin 300cc dipertingkat kepada 23.8hp (+1.8hp) dan tork 26Nm (4Nm). Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 5.4 saat berbanding 5.7 saat generasi sebelumnya.

Enjin menggunakan kepala silinder baharu, dengan termodinamik ditambah baik, manakala kebuk pembakaran kini lebih cekap. Diameter dan salur injap juga lebih. Saiz tangki minyak ditingkatkan menjadi 8.5 liter dan boleh ditunggang lebih 200km.

GTS 300 HPE Super Tech ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Gray Avio dan Nero Vulcano.

BACA >>> Langkah Kurangkan Pencemaran, Itali Larang Vespa Lama Masuk Bandar
BACA >>> Kymco DT X360 - Skuter Advencer yang Akan Bersaing dengan Honda X-ADV

GTS 300 HPE Super_14
GTS 300 HPE Super_9
GTS 300 HPE Super_10
GTS 300 HPE Super_11
GTS 300 HPE Super_12
GTS 300 HPE Super_15
GTS 300 HPE Super_6
GTS 300 HPE Super_7
GTS 300 HPE Super_5
GTS 300 HPE Super_8
GTS 300 HPE Super_4
GTS 300 HPE Super_3
GTS 300 HPE Super_13
GTS 300 HPE Super_1
GTS 300 HPE Super_2
264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Didi Resources, Didi Resources Sdn Bhd, GTS 300 HPE Super Tech, roda2, skuter, Vespa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my