• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Verge TS - Motosikal Elektrik Buas dengan Tork 1,000Nm!

Verge TS - Motosikal Elektrik Buas dengan Tork 1,000Nm!

May 15, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

778
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal dari Finland, Verge Motorcycles memperkenalkan produk baharu, Verge TS yang dikatakan motosikal elektrik paling buas dan dijual pada harga ‎€24,990 (RM117,290)

Motosikal tersebut mampu meledakkan kuasa 107hp dan tork 1,000Nm! Lebih unik, roda belakang direka tanpa hab. Verge TS sebelum ini dikenali sebagai RMK E2 dan didedahkan pada 2018. Dari situ bermulalah proses pembangunan dari model konsep ke jentera pengeluaran.

Selepas menjalani beberapa siri ujian di trek lumba Alastaro Racing, tidak banyak perubahan dilakukan berbanding model konsep. Frem jambatan (bridge frame) dengan bahagian atas lebar dan bawah bersegi dibuat daripada aluminium.

BACA >>> RMK E2 - Motosikal Elektrik Ini Mampu Capai Kelajuan 100kmj Tanpa Hab Roda Belakang
BACA>>>#Videotomotif: Kawasaki Ninja ZX-25R Baru Gear 5 Sudah 160kmj, 17,000rpm!

Namun, apa paling menakjubkan adalah keberanian Verge menawarkan angka tork yang sama seperti spesifikasi sebuah hypercar. Daya kilas 1,000Nm sudah hampir menyamai Bugatti Vhiron Pur Sport (1,600Nm). Nampaknya Verge TS berada dalam liga berbeza jika mahu dibandingkan dengan model supercas, Kawasaki Ninja H2R berkuasa 326hp dan 165Nm.

Spesifikasi dimiliki membolehkan Verge TS memecut 0-100kmj kurang 4 saat dengan kelajuan maksimum 180kmj. Tiada perincian didedahkan  tentang penggunaan bateri. Apa dimaklumkan cas penuh motosikal elektrik ini mampu ditunggang sejauh 200km di lebuh raya dan 300km untuk tunggangan dalam bandar.

Tempoh mengecas pula mengambil masa 4 jam, atau lebih pantas jika menggunakan pengecas pantas, iaitu cuma45-50 minit. Verge Motorcycles juga menawarkan unit bateri lebih besar yang tidak mempengaruhi berat jentera.  Keselesaan tunggangan diserahkan kepada unit fork terbalik (USD) Öhlins, sistem brek cakera kembar di depan dan tayar Pirelli.

Bahagian swingarm disokong frem tengah. Pengeluaran Verge TS dikatakan sudah pun bermula bulan ini dan pratempahan kini dibuka dengan wang pendahuluan €2,000 (RM9,390).

BACA >>> Yamaha Buka Tempahan Motor Elektrik Prestasi Tinggi

GALERI

 

SUMBER: DriveMag

Related

778
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Alastaro Racing, Bugatti Vhiron Pur Sport, motosikal, motosikal elektrik, motosikal EV, nakedbike, roda2, Verge Motorcycles, Verge TS

Comments

  1. Jan says

    May 15, 2020 at 11:18 AM

    masalah bagi kebanyakkan kenderaan elektrik, rata2 nya tidak dibuat untuk horsepower yang tinggi, lantas top speed yang ternyata lebih rendah jika dibandingkan dengan motorsikal petrol yang mempunyai nilai horsepower yang sama. apa lagi harga, sudah mencecah harga superbike 1000cc.

    sedap layan pickup jelah nampaknya. itupun pada saya, sebuah motor tak perlu mempunyai tork sebesar itu. bukan nak towing pun pakai motor.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my