• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Velca - Jenama Motosikal Elektrik Baharu Sepanyol, Perkenal 2 Model Gaya Klasik

Velca - Jenama Motosikal Elektrik Baharu Sepanyol, Perkenal 2 Model Gaya Klasik

February 6, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


SEPANYOL bulan ini menyaksikan kemunculan jenama baharu motosikal elektrik gaya klasik, dipanggil Velca.

Menariknya, Velca menawarkan peluang kepada peminat rekabentuk  motosikal gaya Vespa atau Lambretta, tetapi dipacu trenkuasa elektrik 100 peratus. Sebagai permulaan, dua model skuter ditawarkan, Bora dan Tramontana dengan tempahan boleh dibuat menerusi laman web Velca.

BACA >>> Motosola Hasilkan Produk Kanopi Solar untuk Cas Bateri Motosikal Elektrik

Bora
Tramontana

Setakat ini, sudah lebih 300 permohonan dibuat untuk sesi tunggang uji skuter EV tersebut. Portal Okdiario.com mendakwa Velca selangkah di depan pesaing sedia ada lain kerana pengeluar itu menawarkan servis teknikal terus di rumah pelanggan.

Apa perlu dilakukan pemilik adalah memaklumkan masalah skuter dan mekanik Velca akan datang ke rumah untuk menyelesaikannya. Buat masa sekarang terhad sekitar ibu kota Madrid.

Velca akan menawarkan motosikal 50cc dan penghantaran kepada pelanggan bermula seawal bulan depan sebelum menyusul model 125cc. Skuter EV itu dikatakan mampu ditunggang sejauh 120km sebelum perlu dicas semula dengan purata kira-kira 30 sen per 100km.

BACA >>> Yadea C1S - Skuter Elektrik Gaya Retro Buatan China Akan Masuk Eropah

bora
Bora_Black_

Bora yang seberat 57kg dipasangkan motor 2,000 watt 1-kelajuan dan boleh ditunggang 50kmj, serta jarak tunggangan 70km per cas. Muatan berat penunggang dan pembonceng disarankan tidak lebih 150kg (berat keseluruhan). Bateri boleh ditanggalkan untuk dicas dan pengecasan penuh mengambil masa 5 jam.

velca-tramontana-4
velca-tramontana-5

Tramontana pula memiliki berat 72kg dan dipasangkan motor 3,000 watt (1-kelajuan). Model ini juga boleh membawa pembonceng, tetapi had muatan disarankan sama seperti Bora. Jarak tunggangan sejauh 120km, dan dua pek bateri dibekalkan menawarkan jarak 60km.

BACA >>> Zapp i300 Tawar Prestasi Skuter Elektrik Setanding Enjin Petrol 300cc

Harga Bora bermula serendah €2,200 (RM10,010), manakala Tramontana serendah €2,900 (RM13,200).

GALERI
BORA
bora 1
bora
velca-bora-1
Bora
Bora
Bora_Black_
TRAMONTANA
velca-tramontana-6
velca-tramontana-5
velca-tramontana-7
velca-tramontana-8
Tramontana
Tramontana
velca-tramontana-3
velca-tramontana-2
velca-tramontana-4

SUMBER: OkDiario | Ticbeat | Velca

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal elektrik, roda2, Sepanyol, skuter, skuter elektrik, Velca Bora, Velca Tramontana

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my