• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Van Elektrik Volkswagen ID.Buzz Terima Tempahan Luar Jangka! Kembalikan Nostalgia Kombi

Van Elektrik Volkswagen ID.Buzz Terima Tempahan Luar Jangka! Kembalikan Nostalgia Kombi

January 18, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

VOLKSWAGEN Beetle ditamatkan pengeluaran pada 2019, sekali gus mengakhiri satu lagi episod model ikonik itu.

Volkswagen sebenarnya ada perancangan bernas menerusi pengeluaran Volkswagen ID.Buzz, iaitu model van elektrik yang membawa pengaruh kuat Kombi atau Bus.

BACA >>> #RetroAuto: Kenapa Volkswagen Beetle, Microbus Lama Ada Pasu Bunga?
BACA >>> #BikinKereta: Volkswagen Beetle Kamper Mini (1969) Ini Dijual RM82k

Volkswagen ID.Buzz mampu mengisi ruang nostalgik ditinggalkan Beetle dan Kombi sebagai salah satu sejarah penting dalam pembinaan jenama automotif dari Jerman itu.

Bagaimanakah percaturan Volkswagen setakat ini?

Berdasarkan sambutan pengguna, Volkswagen ID.Buzz kini berada di landasan kejayaan. Selepas debut global pada Mac 2022, jualan model elektrik itu bermula pada Mei dan sebelum tiba ke pengedar pada musim luruh, tempahan diterima sudah mencecah 21,000 unit dengan melepasi jangkaan 2022.

Menjelang hujung tahun, tempahan Volkswagen ID.Buzz Pro dan ID.Buzz Cargo mencecah 26,000 unit!

Pada tahun lalu, 10,800 unit Volkswagen ID.Buzz meninggalkan kilang Volkswagen Commercial Vehicles (VWCV) di Hannover-Stöcken, Jerman dengan 6,000 unit diserahkan kepada pelanggan.

Secara keseluruhan, 7,500 unit kenderaan elektrik VWCV diserahkan kepada pelangan yang sekali ganda lebih tinggi daripada tahun terdahulu dengan jumlah 3,600 unit dan sejumlah besar diwakili Volkswagen ID.Buzz.

Sepanjang 2022, VWCV menyerahkan 328,000 unit kenderaan kepada pelanggan dengan penurunan 8.6 peratus berbanding 2021. Terdapat jurang besar pada 2022 dengan tempahan diterima sebanyak 407,400 unit.

Pasaran terbesar VWCV ialah di Jerman dengan jumlah penghantaran meningkat 8.3 peratus kepada 98,400 unit. Ini termasuk tempahan diterima juga meningkat sebanyak 8.8 peratus kepada 137,400 unit yang juga rekod baharu selepas 2015.

Dari segi model, Volkswagen T-Series kekal mendominasi dengan 21,600 unit diserahkan kepada pelanggan, meningkat 12.1 peratus berbanding 2021.

Selain Volkswagen ID.Buzz, VWCV ada satu lagi model menarik, iaitu trak pikap Volkswagen Amarok generasi kedua yang dilancarkan pada Julai 2022. Pada 2022, 39,800 unit Volkswagen Amarok diserahkan kepada pelangan termasuk kumpulan awal model baharu pada hari terakhir 2022.

Serahan Volkswagen Caddy pula menurun 5.2 peratus kepada 80,700 unit, manakala Volkswagen Crafter (59,400 unit), menurun 4.6 peratus.

BACA >>> #TahukahAnda: Volkswagen Sudah Bikin Kereta Elektrik Sejak 1972!
BACA >>> Volkswagen Pamer Model Konsep ID.Buzz Cargo untuk Paramedik, Jual Ais krim dan Lain-Lain

Volkswagen ID. Buzz
Volkswagen ID. Buzz.01
Volkswagen ID. Buzz.02
Volkswagen ID. Buzz.03
Volkswagen ID. Buzz.04
Volkswagen ID. Buzz.05
Volkswagen ID. Buzz.06
Volkswagen ID. Buzz.07
Volkswagen Amarok
Model VWCV

Artikel Berkaitan

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, Van Elektrik, Volkswagen Commercial Vehicles, Volkswagen Commercial Vehicles (VWCV), Volkswagen ID. Buzz, VW ID. Buzz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Toyota Land Cruiser 70 Series (2024) Kembali ke Jepun dengan Enjin 2.8L Diesel Turbo, RM151k!
    Toyota Land Cruiser 70 Series (2024) Kembali ke Jepun dengan Enjin 2.8L Diesel Turbo, RM151k!
  • Kedah Jadi Negeri Pertama Ada Jalan ‘Glow in The Dark’ di Malaysia
    Kedah Jadi Negeri Pertama Ada Jalan ‘Glow in The Dark’ di Malaysia
  • Video Hujan dalam Kabin Pesawat Air India
    Video Hujan dalam Kabin Pesawat Air India
  • JPJ Keluar Lebih 122k Saman Tidak Sampai Sebulan
    JPJ Keluar Lebih 122k Saman Tidak Sampai Sebulan

PANDU UJI

#PanduUji: Audi RS e-tron GT yang Fiil Tak Macam Bawa EV!

AUDI Malaysia bulan lalu mengadakan sesi pandu uji model elektrik Audi … [Baca Lagi...]

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my