Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Van Elektrik Penuh DSFK EC35 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM130k Sahaja!
Roda4

Van Elektrik Penuh DSFK EC35 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM130k Sahaja!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


QC Fleet Management sebentar tadi melancarkan van elektrik penuh DSFK EC35 (2022) yang didatangkan dalam dua varian pilihan untuk pasaran Malaysia.

Varian ditawarkan ialah 2-kerusi dan 5-kerusi pada harga jualan RM130,000, tidak termasuk pendaftaran dan insurans. Sebagai makluman, van itu menerima manfaat pengecualian cukai jalan untuk kenderaan elektrik (EV) hingga 2025.

Berikut perincian DSFK EC35 (2022):

  • Ada dua skim pemilikan, iaitu pembelian dan pajakan tiga hingga lima tahun.
  • Menggunakan unit motor elektrik dengan output 60kW (80.4hp) dan tork 200Nm, manakala kapasiti pek bateri litium-ion 38.7kWh.
  • Menggunakan sistem pengurusan pintar untuk proses penyejukan automatik unit motor elektrik dan pek bateri.
  • Sambungan pengecas CCS sebagai ciri standard yang membolehkan bateri dicas 20 peratus hingga 80 peratus dalam masa 35 minit. Bateri juga dapat dicas pantas menggunakan pengecas pantas arus terus (DC) 40kW.
  • Pengecasan biasa (AC) 6kW pula mengambil masa antara 6 dan 7 jam.
  • Jarak pemanduan maksimum dalam bandar 200km. Jika mengikut Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC), jarak maksimum ialah 275km.
  • Kelajuan maksimum 100kmj, dan mampu membawa muatan hingga 1,090kg.
  • Menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD) dengan sistem suspensi independan MacPherson (depan), spring dedaun (Leaf Spring) di belakang.
  • Pengendalian lebih mudah dengan bantuan Stereng Kuasa Elektrik (EPS). Van ini menggunakan casis monokok.
  • Sistem henti jenis brek cakera untuk roda depan dan brek dram (belakang), serya dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Dimensi van: panjang 4,500mm, lebar 1,680mm, tinggi 2,000mm, manakala jarak roda 3,050mm dan jarak lega bumi 190mm.
  • Berat kasar 1,585kg.
  • Selain ABS, turut dilengkapkan ciri Agihan Brek Elektronik (EBD), beg udara, dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).
  • Hadir dengan tiga unit sensor pada bampar belakang dengan nada akustik dan paparan jarak untuk memastikan van dapat diundur lebih selamat.
  • Ada kamera undur yang disambungkan pada skrin sentuh multifungsi 9 inci di tengah papan pemuka untuk membantu mengurangkan titik buta ketika mengundur.
  • Skrin multifungsi disediakan konektiviti Bluetooth, port USB, sistem radio FM, memainkan ulangan rakaman video dan sokongan multimedia.
  • Lampu utama dengan sensor foto akan menyala automatik jika mengesan kenderaan di tempat gelap seperti dalam terowong, ketika hujan atau malam.
  • Ada pelindung bar rempuh di sisi dalam pintu hadapan dan panel sisi van.
  • Menggunakan sistem penghidup kawalan jauh dengan ciri Carian Kenderaan untuk memudahkan pemandu menjejak van di lot parkir.
  • Tingkap kuasa untuk pemandu dan penumpang depan, manakala sistem audio disambungkan kepada pembesar suara 4 inci.
  • Ada ruang simpanan kecil pada laci papan pemuka (glove box), bekas abu rokok dan dua tempat letak cawan.
  • Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti trenkuasa 5 tahun atau jarak perbatuan 120,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> Sendok Group Pamer Van Elektrik Komersial Pertama Di Malaysia
BACA >>> TNB Buka Stesen Cas EV Tahun Depan?
BACA >>> GO Auto-SIRIM Meterai MoU untuk Hasilkan R&D Bateri Kenderaan Elektrik di Malaysia

DSFK EC35 Kenderaan Elektrik (EV) QC Fleet Management Roda4 Van Elektrik Van Elektrik Penuh Van EV
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.