Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Van Elektrik Joylong E6 Lancar Di Australia, Produk Klon Toyota HiAce?
Roda4

Van Elektrik Joylong E6 Lancar Di Australia, Produk Klon Toyota HiAce?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

INI bukan van generasi terdahulu Toyota HiAce tetapi kenderaan elektrik (EV) penuh Joylong E6 dari China yang kini ditawarkan di pasaran Australia.

Malah, ia sebenarnya sebuah model baharu varian EV mirip van Joylong A-Series berasaskan trenkuasa pembakaran dalaman yang dihasilkan di China sejak 2009.

BACA >>> Van Elektrik Penuh DSFK EC35 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM130k Sahaja!
BACA >>> Sendok Group Pamer Van Elektrik Komersial Pertama Di Malaysia

Aspek desain tidak menunjukkan perbezaan ketara antara model Joylong dan Toyota. Perbezaan yang paling jelas dikesan ialah sudut lampu utama lebih agresif, kelainan pada gril dan perbezaan minimum untuk lampu belakang.

Berdasarkan foto rasmi, Joylong ditawarkan dengan dua pilihan desain bampar. Bagaimanapun, pengguna Australia yang biasa melihat van HiAce mungkin tersalah anggap Joylong ialah produk Toyota.

BACA >>> Klon Ducati Monster, Dayun STS 400C (2022) di Pasaran China, Harga RM17k Sahaja!

Toyota HiAce Combi
Joylong E6

Portal CarScoop pada awalnya beranggapan firma China itu mungkin ada perjanjian pelesenan untuk aspek desain memandangkan kedua-dua model nampak sama.

Bagaimanapun, mereka membuat rujukan di laman Wikipedia dan mendapati Joylong tidak pernah bekerjasama dengan Toyota. Berbeza dengan pengeluar automotif lain di China yang terlibat dengan pembuatan dan penjenamaan semula van HiAce.

Berikut ialah perinciannya:

  • Joylong E6 dikatakan mirip model A6 (trenkuasa pembakaran dalaman) dengan dimensi 5,990mm panjang, 1,880mm lebar dan 2,320mm tinggi. Jarak roda pula 3,720mm.
  • Ada dua pilihan konfigurasi tempat duduk iaitu varian 12 kerusi dan 14 kerusi.

BACA >>> #ApaNakBuat: Jom DIY Cuci Kerusi Kereta Kotor

  • Ruang dalaman menyamai HiAce, dilengkapi peralatan standard termasuk satu skrin infotainmen kecil jenis sesentuh, kamera undur dan pendingin hawa berasingan untuk penumpang depan serta belakang.
  • Pemijak sisi di luar kenderaan akan ditolak keluar menggunakan kuasa elektrik, tempat duduk boleh lipat dan menawarkan sistem audio bersama enam pembesar suara.

BACA >>> Continental Hasilkan Audio Kereta Tanpa Pembesar Suara Guna Getaran Permukaan Kabin

  • Aspek keselamatan membabitkan beg udara untuk barisan kerusi depan, ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan sistem brek cakera. Tiada sistem keselamatan termaju seperti ADAS.
  • E6 menggunakan unit motor elektrik, menawarkan kuasa 80hp dengan tork setinggi 382Nm. Kuasa disalurkan ke gandar belakang.
  • Pek bateri 86.1kWh dengan sistem sejukan cecair menawarkan jarak pemanduan sehingga 300km (bandar) dan 280km (lebuh raya) dengan muatan penuh.
  • Pek bateri diposisikan lebih rendah di bahagian tengah untuk menjadikan pembelokan lebih selamat berbanding bas konvensional.
  • Masa mengecas bateri ialah antara 4 hingga 5 jam mengikut jenis alat pengecas.
  • Harga jualan bermula serendah $90,000 AUD (RM284,733) dan merupakan produk keluaran kilang di Wilayah Jiangsu, China.

BACA >>> #SembangDeras: Apa Boleh Kita Belajar daripada Kes Van Putih Langgar Budak Sekolah?
BACA >>> Ini Kisah Sebenar Van Putih Pandu Laju Macam Kilat Lepas Palang Tol RFID
BACA >>> Kajian: Van Komersial Bawa Muatan Berat Pun Perlukan Lebih Jarak Berhenti

SUMBER: CarScoops

Joylong E6 Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Klon China Roda4 Toyota Hiace Van Elektrik Penuh
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.