Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Van Elektrik Go Auto-Higer Ace E1 (2023) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM268k!
Roda4

Van Elektrik Go Auto-Higer Ace E1 (2023) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM268k!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize10/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR kenderaan jenama Higer di Malaysia, GVT Sdn Bhd (di bawah Go Auto Group) melancarkan van elektrik komersial terbaharu, Go Auto-Higer Ace E1 (2023) di Malaysia pada harga bermula RM268,888.

Setiap pembelian diberikan pengecas mudah alih 7kW secara percuma.

Go Auto-Higer Ace E1 (2023) ialah van komersial elektrik pertama jenama itu dengan spesifikasi 5.4-meter 70kWh yang ditawarkan dalam dua versi: van penumpang dan van kargo. Unit pertama van ini sudah diserahkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) penghujung tahun lalu.

Pengarah Eksekutif GVT Sdn Bhd, Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya juga sudah menyerahkan dua unit van elektrik kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP), dan empat lagi unit baharu kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau berkata;

Saya ingin ucap terima kasih kepada Kerajaan kerana memberi dan melanjutkan insentif pengecualian cukai bagi kenderaan elektrik (EV) di Malaysia untuk produk CKD hingga 2027 dan CBU hingga 2025.

“Ini akan merancakkan lagi segmen EV di Malaysia dalam usaha negara untuk bangkit semula fasa pasca Covid-19.” 

Wan Ahmad berkata lagi, sejajar maklum balas dan permintaan tinggi daripada pelanggan, GVT akan menawarkan versi automatik menjelang penghujung tahun ini.

Hadir dalam 15-kerusi dan kapasiti bateri 70kWh, van komersial ini mampu dipandu sejauh 300km dengan sekali cas penuh mengikut Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).

Tempoh mengecas penuh bateri mengambil masa kira-kira 75 minit dengan kapasiti pengecas 60kW DC.

Go Auto-Higer Ace E1 (2023) menggunakan bateri jenis litium-ion buatan CATL, iaitu antara syarikat pengeluar bateri terbesar dunia.

Van ini turut mendapat sokongan pasukan servis selepas jualan yang menjadi satu kekuatan dalam pemilihan komponen utama pihak Higer. Soket pengecasan pula menggunakan CCS2 DC dan Type-2 AC (standard Antarabangsa).

Dari segi dimensi, van komersial ini memiliki lebar 1,880mm, tinggi 2,335mm, dan panjang 5,380mm serta jarak roda 3,110mm. Antara ciri lain yang ada ialah rim aloi 16 inci dengan tayar saiz 215/75, unit infotainmen LCD 8-inci dengan paparan DVD (Android player), dan kamera undur.

Go Auto-Higer Ace E1 (2023) dipakejkan bersama 5 tahun waranti kilang atau 150,000km (mana satu tiba dulu), dan waranti bateri juga 5 tahun atau perbatuan 200,000km (mana satu tiba dulu). GVT mempunyai 88 rangkaian servis selepas jualan seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Sebagai pengedar kenderaan komersial di bawah Go Auto Group, GVT juga menjual bas elektrik dan bas diesel, Higer dan Yutong.  Setakat ini, GVT sudahpun membekal bas elektrik kepada TNB, dan bas diesel kepada beberapa agensi Kerajaan dan universiti seperti Kementerian Pertahanan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Maklumat lanjut mengenai Go Auto-Higer Ace E1 (2023) boleh layari laman web www.goautovan.my atau ikuti media sosial di Go Auto Van.

BACA >>> Go Auto Bakal Pemilik KDA FC?
BACA >>> Go Auto Pamer Kereta Peronda PDRM Baharu kepada Tun M

Auto Terkini Go Auto Go Auto-Higer Ace E1 (2023) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Roda4 Van
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.