• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Go Auto Bakal Pemilik KDA FC?

Go Auto Bakal Pemilik KDA FC?

January 7, 2021 By AO Leave a Comment

292
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASUKAN bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal mendapat tajaan daripada syarikat automotif tempatan yang berminat membeli 80 peratus saham Darulaman FC Sdn Bhd (DFC) yang kini dimiliki Menteri Besar Incorporated (MBI) bernilai RM24 juta.

Ini membolehkan dua entiti korporat itu, Go Auto Group dan Flumen Holdings Sdn Bhd menjadi pemilik pasukan bola sepak dari Utara itu.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Go Auto Group dan Flumen Holdings Sdn Bhd akan menubuhkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang akan dimeterai dalam masa terdekat.

Beliau berkata, SPV itu akan memegang saham majoriti DFC secara konsesi selama tempoh lima tahun dan dibenarkan menyambung lima tahun lagi tertakluk perjanjian. Pemilihan dua syarikat dibuat berdasarkan rekod dan potensi kewangan, perancangan pembangunan perniagaan bola sepak yang membawa nilai dan aktiviti pelaburan berimpak tinggi kepada negeri.

BACA >>> Pemain Bola Kedah, Mat Don Pun Sanggup Ambil Lesen P, Anda Bila Lagi?

goauto-logo
flumen-holdings-logo

Pemilik syarikat ini juga anak jati Kedah selain ada kalangan mereka berpengalaman dalam pengurusan sukan bola sepak sebelum ini," katanya.

Muhammad Sanusi berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda di Felda Laka Selatan di sini, semalam.

Sebelum ini, Go Auto mempunyai operasi kilang automotif di Gurun sejak 2015 bagi mengeluarkan model Haval dan Borgward dari China serta bas elektrik jenama Go Auto sendiri. Flumen Holding pula ialah syarikat konsultansi dan servis yang berpengalaman dalam pelbagai sektor seperti sekuriti, cari dan menyelamat, militari dan penguatkuasaan undang-undang.

KFA juga sudah mengarahkan KDA FC melakukan perbincangan lanjut dengan syarikat terbabit bagi memuktamadkan pembelian berkenaan dengan segera.

Muhammad Sanusi berkata lagi;

"Dia (syarikat) membuat penawaran tadi, selepas ini kita akan arahkan KDA FC yang dimiliki MBI untuk berunding, saya ingat satu rundingan sudah cukup kerana ada pihak sudah mahu membeli saham.

"Setelah diperhalusi dan dipersetujui dalam Mesyurat Exco hari ini (semalam), kita bersetuju menjual saham bernilai RM24 juta berkenaan kepada mereka."

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 6 Kereta Mewah Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski

SUMBER: BHarian | Facebook FA Kedah

292
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Flumen Holdings Sdn Bhd, Go Auto Group, Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Muhammad Sanusi Md Nor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my