UMW Toyota Motor (UMWT) memperkenalkan Toyota Harrier 2.5 HEV baharu yang menggabungkan keselesaan halus dengan prestasi hibrid lancar dan efisien.
Ditawarkan pada harga bermula RM289,000, kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D premium itu mencerminkan pendekatan pelbagai laluan (multipathway) Toyota dalam menyediakan pilihan mobiliti rendah emisi tanpa memerlukan perubahan gaya pemanduan atau kebergantungan kepada pengecas luaran.
2.5L Hibrid 217ps, 4.7 Liter Per 100km
Toyota Harrier HEV dikuasakan enjin 2.5L Dynamic Force A25A-FXS dan dipadankan Sistem Hibrid Toyota (THS) Generasi ke-4, yang menghasilkan output kuasa keseluruhan 217ps.
Sebagai sistem hibrid pengecasan sendiri (self-charging), bateri lithium-ion dicas automatik melalui pemanduan dan brek regeneratif dengan penggunaan bahan api serendah 4.7 liter per 100km.
Mod pemanduan Eco, Normal, Sport dan EV membolehkan pemandu menyesuaikan karakter pemanduan mengikut situasi bandar, lebuh raya atau perjalanan santai.
Platform TNGA-K, Fokus Kesenyapan dan Keselesaan
Dibina atas platform TNGA-K, Toyota Harrier HEV menawarkan kestabilan, pengendalian yakin dan tahap kesenyapan kabin tinggi.

Rekabentuk luaran berasaskan falsafah ‘Dignified Elegance’ menyerlahkan imej premium yang matang dan sofistikated.
Ada tiga pilihan warna: Platinum White Pearl (putih), Grey Metallic (kelabu) dan Precious Black (hitam) dengan dalaman hitam eksklusif.
Antara ciri utama kabin adalah:
- Kluster instrumen digital 12.3 inci dengan paparan dongak (HUD)
- Kerusi depan dilengkapi fungsi ventilasi dan pemanas
- Kerusi pemandu boleh laras elektrik 12-tetapan
- Penyaman udara dwi-zon dengan nanoe™ X
- Bumbung bulan (moonroof) panoramik
- Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
- Cermin pandang belakang digital
- Perakam video digital (DVR) 4K
Toyota Safety Sense (TSS) 3.0
Toyota Harrier HEV dilengkapi sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Toyota Safety Sense (TSS) 3.0 seperti:
- Sistem Pra Perlanggaran (PCS)
- Kawalan Jelajah Rada Dinamik (DRCC)
- Bantuan Jejak Lorong (LTA)
- (Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB)
- Pemantua Titik Buta (BSM)
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
- Brek Sokongan Parkir (PSB)
- Pemantau Pandangan Panoramik (PVM)
Waranti, Sokongan Pemilikan
Toyota Harrier HEV hadir dengan pakej seperti berikut:
- Waranti lima [5] tahun tanpa had perbatuan
- Waranti sistem hibrid lapan [8] tahun tanpa had perbatuan
- Pilihan lanjutan sehingga 10 tahun untuk bateri hibrid
- Sokongan bantuan jalanan 24 jam dan tujuh hari seminggu
SUV saiz penuh itu kini boleh dilihat di semua bilik pameran Toyota sah seluruh negara.

















































