Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»UMWT Lancar Toyota Veloz (2022) di Malaysia, Harga Mula RM95k!
Roda4

UMWT Lancar Toyota Veloz (2022) di Malaysia, Harga Mula RM95k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/10/20221 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota (UMWT) akhirnya memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV), Veloz untuk pasaran Malaysia. MPV segmen-B versi pemasangan tempatan (CKD) itu ditawarkan pada harga bermula RM95,000 tanpa insurans.

MPV 7-kerusi itu hanya ditawarkan dengan satu varian untuk pasaran tempatan, dan kini sudah menerima lebih 6,000 unit tempahan!

Berikut perincian Toyota Veloz (2022) versi Malaysia:

1. LIMA WARNA BADAN

Ada lima pilihan warna ditawarkan:

White (putih)
Red Metallic (merah)
Metallic Bluish Black (hitam)
Blue Metallic (biru) – bumbung hitam
Silver Metallic (perak) – bumbung hitam
  • White (putih)
  • Metallic Bluish Black (hitam)
  • Red Metallic (merah)
  • Silver Metallic (perak) – bumbung hitam
  • Blue Metallic (biru) – bumbung hitam

2. HANYA SATU PILIHAN TRENKUASA

  • Enjin aluminium baharu 2NR-VE jenis 16-injap 4-silinder 1.5L DOHC Dual VVT-i dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 105hp @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,200rpm.
  • Dual VVT-i ialah teknologi yang ditambah baik daripada sistem lama VVT-i yang melaraskan masa buka-tutup ruang masukan udara dan injap ekzos, sekali gus meningkatkan prestasi, kecekapan bahan api dan mengurangkan emisi gas berbahaya.
  • Sistem pacuan roda depan (FWD).
  • Transmisi automatik CVT dengan opsyen gear virtual manual 7-kelajuan. Transmisi CVT tiada gear seperti transmisi automatik konvensional.

3. TIGA MOD PEMANDUAN

Mod pemanduan boleh diubah ketika memandu, terdiri daripada tiga tetapan:

  • PWR (power) – untuk daya pecutan lebih baik
  • ECO – untuk penjimatan bahan api
  • NORMAL – untuk mengimbangkan prestasi dan ekonomi bahan api

4. REKABRNTUK LUARAN PREMIUM

  • Meneruskan aplikasi rekabentuk terbaharu Toyota yang berimej premium.
  • Teknologi LED untuk lampu utama (tinggi dan rendah), termasuk lampu signal belok sekuensial dan lampu siang (DRL).
  • Lampu depan boleh laras tahap suluhan secara automatik dengan ciri lampu susur Follow-Me-Home.
  • Rekaan lampu belakang horizontal.
  • Cermin sisi boleh lipat automatik dengan nyalaan lampu untuk menerangi kawasan sekitar pintu.
  • Rel bumbung mampu menampung berat hingga 75kg.
  • Rim aloi 17 ini dengan saiz tayar 205/50 R17.
  • Ruang lega bumi 205mm (ukuran hingga tengah mufler).

5. RUANG KABIN MESRA FAMILI

  • Susun atur kabin versatil dengan tiga baris tempat duduk untuk 7-kerusi (dua depan, tiga tengah, dan dua belakang).
  • Barisan tempat duduk kedua dan ketiga boleh dilipat bersama atau berasingan.
  • Material kerusi semi-kulit. Material pelapik panel pintu jenis lembut.
  • Lampu ambien konsol tengah dan trim pintu.
  • Rekaan papan pemuka dwi-tona dengan efek alun.
  • Unit infotainmen skrin sentuh 9 inci jenis apung dengan sambungan berwayar dan wayarles untuk konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay.
  • Kluster instrumen LCD 7 inci dengan paparan multi-info (MID), dan empat pilihan tema.
  • Banyak butang kawalan kenderaan boleh akses menerusi stereng.
  • Ada tiga port USB, pengecas wayarles (Qi 2.4) dan dua soket kuasa 12V.
  • Ada 15 pemegang cawan.
  • Sistem penyaman udara automatik dengan ventilator penyaman udara atas siling kabin untuk keselesaan penumpang belakang.

6. PAKEJ KESELAMATAN KOMPREHENSIF

Veloz (2022) turut dilengkapkan teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) dan ciri keselamatan pasif lain untuk perlindungan pemandu dan penumpang dalam setiap perjalanan, terdiri daripada:

Toyota Safety Sense (TSS)
  • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Cegah Keluar Lorong (LDP)
  • Kawalan Kekal Lorong (LKC)
Ciri Keselamatan Lain
  • Brek Kecemasan Automatik  (AEB)
  • Kawalan Jelajah Adatif (ACC)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Amaran Kereta Depan Gerak
  • Brek Parkir Elektronik (EPB)
  • Brek Pegun Automatik (Auto Hold)
  • Pemantau Pandangan Panoramik 3D (PVM)
  • 6 beg udara SRS
  • Sistem Brek Anti-kunci (ABS)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Kawalan Traksi (TRC)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Perakam Video Pemanduan (DVR) atau kamera pemuka (dashcam) di depan sebagai ciri standard. Pelanggan juga boleh memilih tambahan DVR di belakang.

7. JAMINAN

  • Lima tahun waranti kilang lima tanpa had perbatuan.
  • Bantuan jalanan 24SEVEN percuma kepada pengguna, termasuk khidmat tunda tidak lebih RM400 (tertakluk terma dan syarat).
  • Sistem Telematik Kenderaan (VTS) untuk mengesan lokasi kenderaan menerusi rangkaian GPS/GSM.
2NR-VE Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV segmen B Roda4 Toyota Veloz Toyota Veloz (2022) UMW Toyota (UMWT)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    02/05/2026
    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026

    1 Comment

    1. rejekibet on 06/04/2025 22:40

      Wow, the Toyota Veloz looks great! The price of RM95k sounds promising for all the features it offers. Can’t wait to see it on the roads in Malaysia!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.