Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»UK Perkenal Suzuki Swace (2023), Wagon daripada Toyota Corolla Touring, Harga Mula RM155k
Roda4

UK Perkenal Suzuki Swace (2023), Wagon daripada Toyota Corolla Touring, Harga Mula RM155k

Abang HirataBy Abang Hirata15/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA sebelum ini kami paparkan mengenai Toyota Corolla Commercial, kali ini mengenai Suzuki Swace yang mana kedua-duanya diasaskan daripada Toyota Corolla Touring Sports (wagon).

Seperkara menarik mengenai Suzuki Swace adalah sebutan yang hampir sama dengan model kompak Swift. Toyota dan Suzuki sudah beberapa tahun bekerjasama dan Swace dilancarkan di Eropah pada September 2020.

BACA >>> Suzuki Gixxer SF 250 (2023) Kini Boleh Sambung Telefon Pintar, Harga RM10.5k!
BACA >>> Suzuki Mahu Perkenal 8 Motosikal Elektrik Menjelang 2030, Model Pertama Lancar 2024!

Kerjasama terbaru kedua-dua syarikat boleh dilihat di India menerusi Toyota Urban Cruiser HyRyder yang dijenamakan semula daripada Suzuki Grand Vitara.

Trenkuasa Hibrid Baharu, Lebih Tangkas

Bagi model 2023, Suzuki GB PLC memperkenalkan Suzuki Swace (2023) dengan trenkuasa hibrid 1.8L daripada Toyota generasi kelima yang lebih kompak dan berkuasa.

Suzuki Swace (2023) juga lebih tangkas dengan pecutan 0-100kmj mengambil masa 9.4 saat berbanding 11.1 saat sebelum ini. Kuasa motor elektrik dipertingkat kepada 70kW daripada 53kW, manakala tork juga lebih tinggi, 185Nm berbanding 163Nm pada model terdahulu.

Enjin petrol 1.8L menghasilkan kuasa 97hp @ 5,200rpm, dengan output keseluruhan meningkat 15 peratus daripada 122hp kepada 140hp.

Ini bukan hibrid biasa, Suzuki Swace (2023) dilengkapi mod pemanduan EV yang membolehkan kereta itu dipandu menggunakan kuasa elektrik dibekalkan bateri. Mod itu boleh dimanfaatkan untuk pemanduan jarak dekat seperti di kawasan perumahan terutama pada awal pagi dan lewat malam.

Suzuki Swace (2023) juga dilengkapi mod pemanduan NORMAL, ECO dan SPORT.

Spesifikasi Standard Dipertingkat

Spesifikasi standard juga lebih tinggi dengan Swace Motion dilengkapi Sistem Henti Pemanduan Kecemasan (EDSS), lampu belakang LED, tujuh beg udara, penyaman udara automatik dwi-zon automatik, dan unit infotainmen LCD berwarna 7 inci.

Turut diberikan ciri kerusi depan dan stereng dengan pemanas, konektiviti telefon pintar wayarles (Apple CarPlay) dan berwayar (Android Auto), kamera undur, kluster instrumen digital baharu dengan tiga mod paparan, port USB Type-C dan Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC).

Suzuki Swace Ultra (2023) pula lebih lengkap dengan lampu utama projektor Bi-LED, Bantuan Keluar Selamat (SEA), Penguncian Pintu Pintar, sensor jarak Parkir Depan dan Belakang, Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), lampu ambien dan konsol tengah dengan pengecas wayarles.

7 Pilihan Warna

Ada tujuh warna ditawarkan, iaitu Platinum White Pearlescent, Super White, Precious Silver, Black Mica, Dark Blue Mica, Phantom Brown Metallic dan Oxide Bronze Metallic.

Keselesaan dan Praktikaliti

Ruang antara kerusi depan dan kerusi belakang berukuran 928mm. Sebagai wagon, Suzuki Swace (2023) mempunyai ruang but 596 liter.

Pelapik lantai belakang boleh direndahkan ke bawah untuk memuatkan objek tinggi dan boleh diterbalikkan kepada bahagian resin bagi mengalas barang basah atau kotor.

Turut memudahkan pemilik ialah lampu siang (DRL) automatik dan soket elektrik DC 12V.

Harga

Motion
Ultra

Suzuki Swace Motion (2023) dijual pada harga £28,999 (RM155,570), manakala Suzuki Swace Ultra (2023) berharga £30,799 (RM165,215). Suzuki mensasarkann 2,000 unit setahun untuk jualan model itu di Britain.

BACA >>> Suzuki Mahu Perkenal 8 Motosikal Elektrik Menjelang 2030, Model Pertama Lancar 2024!
BACA >>> SUV Konsep Elektrik Suzuki eVX Diperkenal, Bakal Lancar 2025

Suzuki Swace 2023
Suzuki Swace 2021
Roda4 Suzuki Suzuki Swace Suzuki Swace 2023 Suzuki Swace Motion (2023) Suzuki Swace Ultra (2023)
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.