• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Konsep Elektrik Suzuki eVX Diperkenal, Bakal Lancar 2025

SUV Konsep Elektrik Suzuki eVX Diperkenal, Bakal Lancar 2025

January 25, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

SUZUKI memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) konsep elektrik pertama, Suzuki eVX di pameran Auto Expo 2023, India, baru-baru ini.

SUV itu dikuasakan pek bateri 60kWh dengan anggaran jarak 550km sekali cas dan dijangka dilancarkan pada 2025.

Asasnya, Suzuki eVX ialah kenderaan elektrik bateri (BEV) yang menggabungkan DNA kenderaan pacuan empat roda (4x4) Suzuki dengan ciri termaju BEV terkini.

Bahagian luaran SUV turut mengekalkan DNA Suzuki yang memudahkan ia dikenali sebagai model Suzuki.

Penghasilan model itu juga bertujuan meneruskan legasi 4x4 Suzuki dalam era elektrik baharu untuk memberikan pengalaman pemanduan SUV Suzuki sebenar.

Presiden Toshihiro Suzuki berkata,

Di Suzuki Group, menangani pemanasan global adalah keutamaan. Kami menyokong pelbagai langkah global untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Suzuki akan terus menyediakan produk berharga kepada pelanggan seluruh dunia dengan mengoptimum cara hidup dan pemanduan pengguna berbeza."

Berikut spesifikasi setakat ini:

  • Panjang: 4,300mm
  • Lebar: 1,800mm
  • Tinggi: 1,600mm
  • Kapasiti bateri: 60kWh
  • Jarak perbatuan: 550km (diukur mengikut Kitaran Pemanduan India Dimodifikasi (MIDC))

BACA >>> Triumph Belum Bersedia Ganti Suzuki dalam MotoGP, Mahu Fokus Moto2
BACA >>> Suzuki GSX-8S (2023) Umum Harga di Eropah, RM40.9k

SUMBER: Suzuki

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: SUV Elektrik, Suzuki, suzuki eVX 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ducati V21L Mula Pasang, Akan Jadi Jentera Lumba MotoE!
    Ducati V21L Mula Pasang, Akan Jadi Jentera Lumba MotoE!
  • Toyota Rancang Bikin Prius GRMN yang Lebih Berkuasa daripada Versi GR?
    Toyota Rancang Bikin Prius GRMN yang Lebih Berkuasa daripada Versi GR?
  • Manila Tawar Kursus Latihan Motosikal Percuma
    Manila Tawar Kursus Latihan Motosikal Percuma
  • Bukan Kereta Terbang, Tapi Bot Hidrofoil Candela C-8 Ini Guna Bateri Polestar!
    Bukan Kereta Terbang, Tapi Bot Hidrofoil Candela C-8 Ini Guna Bateri Polestar!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my