Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»UK Lancar Hyundai IONIQ 6 (2023) dengan Harga Mula RM251k, Bakal Masuk Malaysia?
Roda4

UK Lancar Hyundai IONIQ 6 (2023) dengan Harga Mula RM251k, Bakal Masuk Malaysia?

Abang HirataBy Abang Hirata20/12/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMINAT kenderaan elektrik (EV) tempatan ada alasan kukuh mengimpikan pelbagai model EV dibawa masuk ke pasaran tempatan selepas Kerajaan mengecualikan duti import dan eksais, termasuk fi permit import.

Impak pengecualian tersebut dapat dilihat menerusi pelancaran pelbagai model seperti Hyundai IONIQ 5. Malah, beberapa model EV dilihat mendapat sambutan hangat hingga tempoh menunggu mengambil masa berbulan lama.

BACA >>> Pemilik EV, Kenderaan OKU Tidak Perlu Bayar Cukai Jalan Hingga 2025
BACA >>> HSDM Lancar Siri EV Penuh IONIQ 5 (2022), Harga Mula RM199k!

Tidak dilupakan Tesla yang dibeli daripada pengimport bebas memandangkan jenama itu tiada pengedar rasmi di negara kita. Selain Hyundai IONIQ 5, Hyundai ada sebuah lagi model EV, iaitu Hyundai IONIQ 6 yang sudah diperkenalkan di beberapa negara.

Walaupun dari pengeluar sama, model itu langsung berbeza dengan menampilkan rekabentuk streamline untuk memanfaatkan aspek aerodinamik, sebaliknya rekabentuk Hyundai IONIQ 5 pula tipikal seperti kereta biasa dalam gaya berkotak.

Terbaharu Hyundai mengumumkan empat varian dan harga atas jalan Hyundai IONIQ 6 di Britain bermula £46,745 (RM251,160) – £53,745 (RM288,770). Sebagai rekod, tiga varian Hyundai IONIQ 5 pasaran tempatan dijual pada harga bermula RM207,808 hingga RM270,408 dalam pilihan pacuan roda belakang (RWD) dan bateri 58kWj, atau pacuan semua roda (AWD) dan bateri 72.6kWj.

Ciri Hyundai IONIQ 6 Edisi Britain
  • Dibina berasaskan Electric-Global Modular Platform (E-GMP) dibangunkan Hyundai Motor Group (HMG).
  • Memiliki pekali seretan (Cd) 0.21, dan dilengkapi flap udara (air flap) aktif pada bampar depan dan plat pengurang jurang roda pada sisi bampar.
  • Angka kuasa varian RWD: 226hp dan 350Nm
  • Angka kuasa varian AWD: 323hp dan 605Nm
  • Bateri 77.4 kWj.
  • Mendapat rating lima bintang dalam ujian keselamatan EuroNCAP.
  • Ada tujuh beg udara sebagai standard.
  • Lampu utama LED dengan fungsi sistem lampu depan pintar (Intelligent Front Lighting System, IFLS) yang menggunakan teknologi pancaran matriks untuk melaras suluhan cahaya (light beam) secara automatik tanpa menjejaskan pengguna jalan raya lain.
  • Ciri Vehicle 2 Load (V2L) untuk sambungan palam tiga pin bagi membekalkan tenaga elektrik kepada perkakasan.
  • Ada 11 pilihan warna.
Varian dan Harga Hyundai IONIQ 6 Edisi Britain

  • Hyundai IONIQ 6 Premium (RWD): 226hp, £46,745 (RM251,160)
  • Hyundai IONIQ 6 Premium (AWD): 323hp, £50,245 (RM269,960)
  • Hyundai IONIQ 6 Ultimate (RWD): 226hp, £50,245 (RM269,960)
  • Hyundai IONIQ 6 Ultimate (AWD): 323hp, £53,745 (RM288,770)

Saya berpendapat Hyundai IONIQ 6 berpotensi kuat dijual di pasaran tempatan kerana selain Hyundai IONIQ 5, Hyundai-Sime Darby Motors turut memasarkan Hyundai Kona Electric.

Hebat bukan? Kini sudah ada dua model elektrik Hyundai di pasaran tempatan atau tiga jika mengambil Kia EV6 yang juga berada di bawah HMG.

BACA >>> Hyundai Bina Hotel Pertama Dunia Dikuasakan Kereta Elektrik!
BACA >>> IONIQ 5 N Lancar 2023! Hyundai Tayang Model Konsep Prestasi RN22e, N Vision 74

EV hyundai Hyundai IONIQ 6 Hyundai Motor Group Hyundai Motor Group (HMG) IONIQ 6 Kenderaan Elektrik (EV) Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.