Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Ujian Dyno dan Trek untuk Prototaip Ekzos: Ninja 250 (2018) vs CBR 250RR
Autotainment

Ujian Dyno dan Trek untuk Prototaip Ekzos: Ninja 250 (2018) vs CBR 250RR

ZYBy ZY19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRICK STAR Racing, selaku pengeluar aksesori prestasi motosikal dan juga pasukan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dari Jepun, baru-baru ini menjalankan ujian dyno dan trek untuk membandingkan dua jentera 250cc terhangat masa kini: Kawasaki Ninja 250 (2018) dan Honda CBR 250RR.

Bertempat di Litar Spa Nishiura, ujian tersebut dibuat bukanlah untuk membandingkan prestasi sebenar kedua-dua jentera. Sebaliknya, bertujuan mengumpul data bagi prototaip terbaharu ekzos prestasi tinggi TRICK STAR untuk Ninja 250 (2018).

Ujian dilakukan cukup menunjukkan prestasi model Kawasaki terbaharu itu berbanding pesaing terdekatnya. Mari lihat hasil kedua-dua ujian di bawah:

UJIAN DYNO


Pertama sekali, ujian dyno dilakukan dengan kedua-dua sportbike itu dilengkapi ekzos asal. Jelas dilihat, kedua-dua jentera cukup standing dengan jurang perbezaan tipis pada rpm rendah hingga sekitar 10,500rpm. Bagaimanapun, Ninja 250 (2018) yang diwakili graf biru mencapai 35.2hp dalam keadaan standard pada sekitar 12,500rpm, perbezaan sebanyak 1.2hp mengatasi CBR 250RR, yang juga standard.

Jika boleh faham bahasa Jepun, video di bawah menerangkan serba sedikit tentang ujian tersebut, tetapi jika tidak faham (macam kami), cukuplah langkau ke minit 0:53 untuk mendengar deruman enjin dan ekzos Ninja 250 (2018) standard.

YouTube player

UJIAN LITAR


Ujian di litar Spa Nishiura pula, Ninja 250 (2018) dan CBR 250RR dilengkapi ekzos full system IKAZUCHI buatan TRICK STAR dengan sepasang tayar Dunlop α-13 SP.

KEPUTUSAN

  • PAGI (arah jam, trek lembap)
    CBR 250 RR :  1 minit 00 saat 48
    Ninja 250 : 1 minit 01 saat 42
  • TENGAH HARI (arah lawan jam, trek kering)
    CBR 250 RR : 59 saat 63
    Ninja 250 : 1 minit 00 saat 46

Daripada ujian, dapat dilihat CBR 250RR konsisten memberikan catatan masa lebih pantas dengan perbezaan masa cuma 1 saat. Namun, mengambil kira jarak lurus litar Spa Nishiura yang cuma 416 meter, ada kemungkinan panjang trek tidak cukup untuk Ninja 250 menyerlahkan potensi maksimum.

Menurut Takeshiro Yamamoto (juara ARRC 2015) dan jurulatih pasukan, Ryuji Tsuruta, kedua-dua penunggang uji TRICK STAR nyata berpuas hati dengan pencapaian Ninja 250 (2018) selepas mengambil kira keadaan ekzos yang masih dalam bentuk prototaip selain masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dibuat sebelum model akhir. Apakah si Ninja mampu mencatatkan masa lebih baik dengan ekzos yang sudah disempurnakan? Kita tunggu hasilnya nanti.

SUMBER: Young Machine

autotainment ekzos Honda Honda CBR 250RR Kawasaki Kawasaki Ninja 250 kawasaki ninja 250 2018 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) roda2 sportbike Trick Star Racing ujian dyno ujian trek
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.