• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Mahu Hasilkan Model Advencer 200cc Sendiri, Mirip BMW G310GS?

TVS Mahu Hasilkan Model Advencer 200cc Sendiri, Mirip BMW G310GS?

October 7, 2021 By Shawkath Leave a Comment

221
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI INDIA, TVS Motor Company menggalas tugas rasmi memasang dua model BMW untuk pasaran negara itu, iaitu jentera advencer G310GS dan naked bike G 310 R.

Disebabkan pasaran motosikal advencer semakin berkembang di banyak negara, TVS dikhabarkan akan mencipta model sendiri dan kini masa itu nampaknya hampir tiba.

Gergasi automotif yang berpangkalan di Chennai, India itu dikatakan sedang membangunkan motosikal advencer baharu dengan menggunakan Apache RTR 200 4V sebagai model asas.

BACA >>> TVS Apache RTR 200 4V (2020) Tawar Warna Baharu, Ciri Terkini, Harga RM7.3k

Disebabkan TVS terlibat dalam pembuatan model aras mula BMW, ada desas-desus mendkawa model advencer baharu itu ada persamaan seperti G310GS. Setakat ini, TVS tidak menafikan atau mengesahkan kenyataan tersebut.

Berdasarkan maklumat awal, model advencer TVS akan berkongsi trenkuasa sama seperti Apache RTR 200 4V, dijana enjin silinder tunggal 198cc penyejukan minyak, berkuasa 20.7hp dan tork 17Nm.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai jenis casis digunakan, sama ada TVS mahu memanfaat penggunaan frem G310GS atau RTR 200 4V. Apa yang pasti, fork model advencer itu adalah lebih tinggi dengan suspensi bekalang memiliki jarak travel panjang.

Ada beberapa ciri Apache RTR 200 4V akan digunakan seperti mod tunggangan, panel digital dengan sambungan Bluetooth, teknologi klac antigelincir (A&S), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan lampu LED penuh.

BACA >>> Jualan Motosikal Indonesia Merosot Teruk Sepanjang 2020, Cuma TVS Motor Buat Untung
BACA >>> TVS Lancar Raider 125 (2021), Ada 2 Varian, Harga Mula RM4.4k!
BACA >>> TVS Motor Beli Norton Motorcycles
BACA >>> TVS Apache RTR 200 Fi E100 Dilancarkan, Motosikal Dikuasakan Etanol Pertama di India

SUMBER: MotoPinas

Artikel Berkaitan

221
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Adventure TVS 200, Apache RTR 200 4V, roda2, TVS Motor Company

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my