Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»TVS Apache RTR 200 4V Kini di Malaysia, RM10,950 – Mampukah Cabar Modenas Pulsar NS200?
Auto Terkini

TVS Apache RTR 200 4V Kini di Malaysia, RM10,950 – Mampukah Cabar Modenas Pulsar NS200?

Abang GYLBy Abang GYL12/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL streetbike, TVS Apache RTR 200 4V akhirnya tiba di Malaysia. Kepada anda yang mungkin tidak tahu, TVS ialah jenama produk motosikal buatan TVS Motor Company, iaitu pengeluar motosikal multinasional yang berpangkalan di Chennai, India.

Jangan sesekali pandang rendah jenama motosikal ketiga terbesar India ini kerana BMW Motorrad sendiri memilih TVS sebagai rakan sekutu untuk memasarkan motosikal bawah 500cc sejak 2013. Hasil kerjasama itu ialah kemunculan BMW G 310 R. Jadi jenama baru yang bakal menembusi pasaran Malaysia nanti bukanlah cikai!

BACA >>> TVS Apache RR 310 Lancar di India – Inilah Kembar G310R Tanpa Lambang BMW

Untuk pasaran Malaysia, jenama itu dipasarkan menerusi Daju Motor Sdn Bhd yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Buat masa ini, TVS Apache RTR 200 4V akan dibawa dalam versi import (CBU) dari India sebelum disusuli model pemasangan tempatan (CKD). 

HARGA

  • TVS Apache RTR 200 4V – RM10,950

* Atas jalan tidak termasuk insurans

BACA >>> #BikinMotor: Pulsar NS200 Kena Sumpah Jadi Kawasaki Z1000

ENJIN 197.75CC SOHC

TVS Apache RTR 200 4V dijana enjin 4 injap 197.75cc SOHC penyejukan minyak berkuasa 20.7hp @ 8,500rpm dan tork 18.1Nm @ 7,000rpm. Dengan padanan transmisi 5-kelajuan, ia membolehkan streetbike ini memecut 0-100kmj sepantas 11.2 saat.

Sebagai perbandingan, model ini bakal bersaing dengan Modenas Pulsar NS200 yang sudah dilancarkan secara rasmi tahun lalu.  Pulsar NS200 dijana enjin 199cc SOHC, penyejukan cecair berkuasa 23.2hp @ 9,500rpm dan tork 18.6Nm @ 8,000rpm.

Keselesaan tunggangan ditugaskan kepada suspensi fork teleskopik 37mm (depan) dan monoshock KYB (belakang), manakala kuasa henti menggunakan khidmat brek cakera 270mm (depan) dan 240mm (belakang). Bahagian roda dipadankan rim 17 inci dengan balutan tayar Pirelli bersaiz 90/90 (depan) dan 130/70 (belakang).

BACA >>> 4 Reviu Pantas | Modenas Dominar D400 vs Pulsar NS200 vs Kawasaki Z250

5 PILIHAN WARNA

Bagi pasaran Malaysia, TVS Apache RTR 200 4V ditawarkan dalam lima pilihan warna:

  • Hitam
  • Merah
  • Putih
  • Kelabu
  • Hitam kusam (matte)

Antara ciri khas TVS Apache RTR 200 4V ialah lampu depan jenis mentol dengan lampu posisi LED, lampu belakang LED dan ekzos lumba barel kembar. Persoalannya, mampukan TVS Apache RTR 200 4V mencabar Modenas Pulsar NS200 di Malaysia? Adakah rakyat Malaysia boleh menerima jenama ini?

Jika mahu melihat dengan dekat, model streetbike ini kini sudah berada di bilik pameran TVS seluruh negara. Maklumat lanjut boleh layari www.dajumotor.com.

GALERI
Harga TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
lampu TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
tangki TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
Harga TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
tayar TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
rim TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
meter TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
seat TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V Malaysia
TVS Apache RTR 200 4V
TVS Apache RTR 200 4V
TVS Apache RTR 200 4V
Daju Motor Sdn Bhd enjin TVS Apache RR 200 V4 harga TVS Apache RR 200 V4 top speed TVS Apache RR 200 V4 TVS Apache RR 200 V4 TVS Apache RR 200 V4 malaysia TVS Motor Company
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    Subsidi Bahan Api Melonjak RM3.2 Bilion Susulan Krisis Minyak Global

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    24/03/2026
    Petrol RON97
    Auto Terkini

    Lebih 400 Stesen Minyak di Filipina Ditutup Susulan Kenaikan Harga Bahan Api

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.