Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#TunggangUji: Honda ADV350 yang Cukup Rasa, Kuasa dan Ada Gaya!
Pandu Uji

#TunggangUji: Honda ADV350 yang Cukup Rasa, Kuasa dan Ada Gaya!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA ADV350 adalah antara skuter yang masih jarang dapat dilihat atas jalan. Ini mungkin disebabkan model ini masih baharu di pasaran Malaysia yang diperkenalkan pada Mei tahun ini di pameran Malaysia Autoshow 2024 pada harga RM33,999.

Perkongsian dalam artikel ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya selama kira-kira tiga hari bermanja dengan skuter ini dan bukanlah reviu tunggang uji komprehensif.

Berikut pengalaman tunggang uji saya:

Rekabentuk, Gaya dan Fungsi

  • Honda ADV350 nampaknya meminjam sedikit konsep rekabentuk seperti abangnya, X-ADV yang bergaya advencer, terutama bahagian depan dengan gaya badan skuter konvensional jika dilihat dari belakang.
  • Saiz badan lebar dengan pelana empuk yang agak tinggi. Dengan saiz skuter lebar dan ditambah pula tempat letak kaki, saya perlu berjengket untuk mengimbangi skuter ketika berhenti di lampu isyarat merah.
  • Bar hendal jenis panjang tetapi tidak mengganggu kawalan dan pengendalian ketika mencelah trafik dalam bandar.
  • Konsol butang kawalan kanan adalah biasa, tetapi konsol kiri dilengkapi fungsi kawalan tambahan. Ini termasuk tambahan butang kawalan traksi HSTC, butang FN (suis fungsi) dan suis pilih (butang +) selain hon, butang signal belok, lampu suluh tinggi-rendah dan lampu kecemasan.
  • Saya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan butang kawalan konsol kiri, terutama suis lampu signal kerana kerap tersalah menolak suis pilih.
  • Posisi gabungan lampu suluh tinggi-rendah dan bypass pula ditempatkan atas konsol kiri yang juga memerlukan masa supaya terbiasa.
  • Butang kawalan traksi hadir dalam dua tetapan, iaitu kawalan penuh atau separuh untuk membantu meningkatkan kestabilan cengkaman tayar.
  • Bukaan tangki petrol dan pelana menggunakan butang. Sangat mudah digunakan kerana skuter ini dilengkapi sistem penghidup tanpa kunci (keyless).
  • Tapi kapasiti tangki minyak agak kecil, cuma 11.7 liter dan mungkin boleh ditambah untuk jarak tunggangan lebih jauh.
  • Ruang simpanan 48 liter cukup untuk memuatkan sebuah helmet saiz biasa dan kecil atau separuh, selain barangan peribadi seperti baju hujan atau beg kecil.
  • Visor angin boleh laras ketinggian 4-tetapan. Fungsi visor angin ini benar-benar membantu mengurangkan deruan angin menerjah badan.

Prestasi dan Kualiti

  • Prestasi enjin silinder tunggal 330cc SOHC penyejukan cecair 4-injap nyata tidak mengecewakan dengan menawarkan kuasa dan daya pecutan memberangsangkan bagi sebuah skuter kelas pertengahan. Hantaran kuasa menggunakan tali sawat menerusi kotak gear automatik CVT juga boleh dipuji.
  • Binaan badan juga terbukti berkualiti tanpa kedengaran mana-mana bahagian longgar sepanjang sesi tunggang uji dibuat. Memang kemas!
  • Prestasi sistem suspensi juga cukup baik dengan fork dan absorber kembar Showa. Tiada isu skuter membuai atau hentakan keras sepanjang tunggangan. Skuter ini masih dapat ditunggang stabil dan seronok pada halaju 150kmj.
  • Rim aloi pula berbeza saiz, iaitu 15 inci pada roda depan dan 14 inci di belakang dengan dibalut tayar dwi-guna Metzeler Karoo Street. Boleh saja dibuat melayan off-road ringan, termasuk meredah permukaan jalan kering dan basah.
  • Paparan panel meter digital LCD latar biru dan maklumat penting dapat dibaca mudah.

Kesimpulan

Keseluruhannya, jika ditanya sama ada berbaloikah memiliki skuter ini, segalanya bergantung kepada keperluan dan kesanggupan anda. Berbekalkan ciri yang ada pada Honda ADV350 ini, skuter ini boleh saja jadi pilihan peminat twist-and-go.

autoterkini Honda ADV350 roda2 Skuter 350cc Tunggang Uji
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.