Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S – Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!
Pandu Uji

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S – Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

WahidBy Wahid01/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah kelas motosikal yang direbut semua pengeluar dua roda.

Motosikal jenis ini popular dalam kalangan pembeli motosikal disebabkan versatiliti ditawarkan kerana lebih praktikal dan selesa ditunggang jarak jauh ataupun dijadikan kenderaan harian. Motosikal sport-tourer juga menawarkan prestasi enjin berikelajuan tinggi. Malah, ada sesetengah model mampu ditunggang dalam trek.

Misalnya, Ducati adalah antara pengeluar yang menumpukan perhatian kepada sport-tourer prestasi tinggi walaupun lebih sinonim dengan model sportbike. Dan jentera taruhan Ducati dalam segmen ini ialah Multistrada V4 S.

BACA >>> Ducati Multistrada V4 S Motosikal Terbaik Eropah 2021!
BACA >>> Lumba Drag Ducati Panigale V4 S vs BMW X5 M Competition, Siapa Makan Asap?

ELEKTRONIK

Seperti model Ducati lain, Multistrada V4 S turut dilengkapi ciri elektronik canggih seperti berikut.

Kita mulakan radar. Ciri ini terdiri daripada dua sensor yang dipasangkan di depan dan belakang, manakala data diperoleh digunakan untuk sistem Pengesan Titik Buta (BSD), dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Sistem BSD akan menyalakan lampu amaran atas kedua-dua belah cermin sisi (atau ‘syed mirul’) apabila mengesan kelibat kenderaan lain sekitar belakang motosikal. Ciri ini sungguh berkesan, sama seperti apa terdapat pada kereta moden masa kini.

Sistem ACC pula berfungsi memperlahankan atau menghentikan motosikal automatik jika terdapat halangan di depan apabila ciri itu diaktifkan. Kemudian sistem ACC akan memecutkan motosikal secara automotik pada halaju ditetapkan. Jarak pengesanan juga boleh dilaraskan penunggang menerusi panel meter TFT 6.5 inci.

Panel meter TFT baharu ini juga menawarkan fungsi hebat. Jika skrin lain membolehkan anda melaraskan mod enjin, kawalan traksi, karakter suspensi, menjawab panggilan telefon, memainkan muzik, dan panduan navigasi (GPS), panel meter Multistrada V4 S ini membolehkan anda melihat paparan skrin telefon sendiri (smartphone mirroring) menerusi pautan wayarles sama ada secara Bluetooth atau WiFi.

Jadi, telefon pintar anda boleh letakkan saja dalam ruang khas tangki motosikal dan boleh dicas pada masa sama.

SUSPENSI BOLEH LARAS

Sistem suspensi semi-aktif elektronik Ducati Skyhook boleh dilaraskan mengikut mod tunggangan dipilih. Suspensi ini mempunyai beberapa tahap pelarasan seperti menunggang solo, menunggang solo dengan muatan, menunggang dengan pembonceng, menunggang dengan pembonceng berserya muatan, dan automatik.

Suspensi akan melaraskan ketinggian dan redaman monoshock belakang mengikut beban dibawa secara automatik! Namun, ia juga boleh dilaras mengikut kehendak penunggang. Malah, ada 400 kombinasi pelarasan!

Selain itu, penunggang juga boleh melaraskan tahap redaman suspensi, termasuk ketinggian minimum untuk memudahkan kita menunggang dalam situasi halaju rendah.

Ada empat mod tunggangan: SPORT, TOURING, URBAN, dan ENDURO. Setiap mod mempunyai strategi kuasa enjin, pelarasan suspensi, Kawalan Traksi, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Wheelie, Kawalan Brek Enjin (EBC), dan sebagainya. Ya, setiap ciri disebutkan itu boleh dilaraskan!

ENJIN

Kita cerita mengenai enjin pula.

Seperti anda maklum, Multistrada V4 S dijana enjin V4 yang ditala daripada enjin Panigale V4 dengan sesaran enjin sama 1,158cc. Enjin ini digelar Granturismo, dikhususkan untuk tunggangan jelajah. Jadi, ia tidak menggunakan sistem injap ‘Desmodromic’, sebaliknya tren injap biasa dengan jarak servis pelarasan injap setiap 60,000km.

Enjin ini menghasilkan kuasa 170hp @ 10,500rpm dan tork 125Nm @ 8,750rpm yang jelas ditala untuk menghasilkan daya pikap dan bukan menumpukan aspek kuasa maksimum. Talaan kuasa seperti membolehkan motosikal lebih senang ditunggang atas jalan biasa.

Enjin Granturismo V4 bekerja dengan menutup dua silinder belakang apabila motosikal berhenti, seperti di lampu isyarat bagi menjimatkan petrol dan mengurangkan haba. Mengenai haba, ada beberapa ‘sayap’ dipasangkan pada fairing, dan belakang radiator bagi menyingkirkan haba.

PENGALAMAN MENUNGGANG

Baiklah, apakah makna tunggang uji jika tidak menunggang motosikal ini bukan?

Pertama sekali, tork daripada enjin terasa terlalu berkuasa ketika awal menunggang motosikal ini walaupun dalam mod paling asas, iaitu URBAN (untuk  tunggangan dalam bandar). Namun, selepas menunggang selama beberapa jam, saya mula rasa lebih yakin sebelum berani menukar mod enjin kepada TOURING dan kemudian SPORT.

Ya, jelas sekali mod SPORT paling berkuasa dengan memberikan respons terotel paling padu! Enjin bertindak balas lebih lancar mengikut pulasan terotel. Di sinilah saya dapat merasakan motosikal ini mampu ditunggang perlahan dalam keadaan trafik sesak.

Walaupun, berbadan besar,  Multistrada V4 S tidaklah sukar dijinakkan. Maksudnya, pengendalian jentera ini sangat tangkas dan senang dilibas ke kiri dan kanan. Pikap pun kuat juga yang membolehkan anda memintas kenderaan lain dengan mudah, termasuk membrek kuat jika perlu berhenti cepat untuk menukar lorong atau mengelak rintangan.

Tetapi paling seronok adalah pengalaman menunggang di lebuh raya. Atau lebih spesifik lagi, laluan lebuh raya yang berliku-liku.

Mungkin anda faham maksud saya, mana lagi kalau bukan Karak. Di sinilah Multistrada V4 S mampu menunjukkan taringnya. Pelarasan suspensi dibiarkan mengikut mod SPORT dan pulas saja terotel, maka ‘terbanglah’ kita!

Setiap selekoh dapat diambil pada kelajuan yang dirasakan tidak masuk akal. Boleh dikatakan selincah model superspor!

KEKURANGAN

Kekurangan Multistrada V4 S bergantung kepada fizikal penunggang kerana bahagian depan agak tinggi, dan  pelana agak ke belakang (faktor enjin V4). Justeru bagi penunggang bertubuh rendah seperti saya (167sm), berat badan lebih bertumpu kepada belakang motosikal.

Kesannya, saya tidak dapat meletakkan lebih banyak berat badan pada depan motosikal. Ini menyebabkan bahagian depan kurang mencengkam ketika melayan selekoh dalam halaju perlahan dan sederhana. Jadi, saya perlu melaraskan redaman fork supaya lebih lembut, manakala tetapan prabeban (preload) dibuat paling rendah. Selesai masalah.

Jadi, saya sarankan anda terlebih dahulu melaraskan suspensi mengikut cara tunggangan dan ketinggian sendiri.

PENUTUP

Kami sempat melenjan Multistrada V4 S lebih kurang 1,500km dengan meleper di Lebuhraya Karak, menjelajah ke Melaka, dan naik turun Genting Highlands sebanyak dua kali, termasuk pusing-pusing ke beberapa tempat sekitar Lembah Klang.

Apa paling bagus tentang model ini ialah trenkuasa. Enjin Multistrada V4 S ini memang sungguh menakjubkan dengan casis dan suspensi memainkan peranan penting menambahkan keyakinan pemiliknya.

HARGA DAN PROMOSI

Ada tiga varian ditawarkan, iaitu Multistrada V4 Standard, V4 S dan V4 Pikes Peak.

V4 standard dijual pada harga RM135,900, V4 S (RM146,900), manakala belum ada harga didedahkan untuk V4 Pikes Peak.

Ducati Malaysia Petaling Jaya kini sedang mengadakan promosi khas untuk model V4 standard (tanpa suspensi elektronik, sistem radar, dan sebagainya). Model ini dipakejkan bersama aksesori bernilai RM35,000 secara percuma, termasuk beg sisi, sistem ekzos Akrapovic, dan lain-lain.

Hanya ada 3 unit untuk dimiliki (selagi stok masih ada). Apa lagi, hubungi segera!

BACA >>> Superbike Trek Paling Agung, Ducati Panigale V4 SP2 (2022) Edisi Terhad Lancar!
BACA >>> Pasukan Rossi Tayang Pelumba, Jentera Ducati GP21 untuk Aksi MotoGP 2022

Ducati Ducati Multistrada V4 S roda2 sport tourer sport-touring Tunggang Uji
Wahid

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.