• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / TUAL powerbank, Tawar 'Powerbank' Untuk Van EV!

TUAL powerbank, Tawar 'Powerbank' Untuk Van EV!

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

DI ANTARA gurauan mengenai kenderaan elektrik (EV) ialah pemilik perlu membawa bank kuasa (powerbank) sebagai persediaan sekiranya kehabisan bateri.

Bukan jenaka, sudah ada syarikat yang membangunkan prototaip bank berkuasa bergerak menggunakan van dan melakukan ujian rintis di dalam negara.

Di United Kingdom (UK), TUAL yang merupakan innovator penyelesaian pengecasan kenderaan komersial elektrik memperkenalkan PowerBank Pro-Charging.

Dibangunkan bersama beberapa syarikat pengendali pengangkutan Eropah, teknologi itu direka bagi mentransformasikan produktivi, keuntungan dan penggunaan.

Di Eropah, terdapat keperluan mendesak untuk syarikat menggunakan kenderaan ringan komersial elektrik (eLCV).

Bagaimanapun timbul satu cabaran di dalam penggunaan seperti jarak pemanduan dan pengecasan dan memberi kesan kepada kos kepada perniagaan.

TUAL juga memaklumkan 70 peratus pemandu van tidak dapat mengecas di rumah atau depot.

Menurut TUAL lagi, kehilangan produktivi daripada masa henti (downtime) pengecasan boleh mengakibatkan kos sehingga GBP£150,000 (RM895,361) untuk setiap pemandu atau kenderaan dalam tempoh lima tahun.

Dibangunkan dari asas untuk keanjalan maksimum, bank kuasa TUAL direka untuk membantu pengendali pengangkutan mendepani cabaran pengecasan dan kenderaan.

Dari grafik yang diberi, bank kuasa 60 kilowatt-jam (kWj) dipasang pada pillar B. Julat kuasa pengecasan V2X (Vehicle-to-everything) dari 7 sehingga 30 kW. Slot pengecasan menggunakan DC-DC CCS.

Dengan teknologi atau kemudahan begini, syarikat tidak perlu bergantung kepada pengecas awam.

Untuk van yang tidak dapat dicas di kediaman atau kembali ke depot, teknologi bank kuasa Vehicle ReCharge menyediakan pengecasan semalaman di mana-mana lokasi.

Lagi khidmat dan produk yang ditawarkan seperti TUAL Range Extender untuk kenderaan yang dipandu melebihi jarak pemanduan dan Portable Power untuk pengecasan perkakasan dan kenderaan lain.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: TUAL, TUAL powerbank

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my