Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Trident 660, Tiger Sport 660 Terima Perubahan Besar 2026
Roda2

Triumph Trident 660, Tiger Sport 660 Terima Perubahan Besar 2026

Abang HirataBy Abang Hirata07/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Triumph Trident 660, dan Tiger Sport 660 terima perubahan besar 2026

TRIUMPH Motorcycles mengumumkan pembaharuan besar bagi barisan motosikal 660cc dengan model Trident 660 dan Tiger Sport 660 kini menerima peningkatan paling ketara sejak dilancarkan. Kedua-dua model 2026 itu dijangka berada di pasaran terpilih bermula Mac 2026.

Sebagai makluman, Triumph Trident 660 (foto bawah kiri) dan Triumph Tiger Sport 660 (bawah kanan) ada di pasaran tempatan dan masing-masing ditawarkan pada harga RM46,900 dan RM50,900.

Triumph Trident 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026

Trenkuasa

Triumph Tiger Sport 660 2026

Nadi utama kedua-dua model 2026 itu adalah evolusi terbaharu enjin 3-silinder sebaris 660cc Triumph yang menawarkan hantaran kuasa lebih bertenaga pada julat tinggi dan sistem penyejukan lebih efisien.

  • Peningkatan Prestasi: Output kuasa 95ps @ 11,250rpm, iaitu peningkatan 14ps dan rev enjin (redline) ditingkatkan 20 peratus kepada 12,650rpm
  • Hantaran Tork: Tork maksimum berada pada tahap 68Nm @ 8,250rpm dengan 80 peratus tork tersedia bermula 3,000rpm sehingga hampir 12,000rpm
  • Sistem terotel: Perubahan badan terotel tunggal kepada tiga unit badan terotel 44mm bagi setiap silinder untuk respons lebih sporty
  • Sistem Ambilan dan Ekzos: Kotak udara depan lebih besar untuk aliran udara dan bunyi induksi lebih mantap serta sistem ekzos 3 – 1 dengan damper gantung bawah (underslung) yang mematuhi piawaian terkini
  • Komponen Enjin: Kepala silinder direka semula dengan injap ekzos lebih besar dan profil aci (cam) lebih tinggi
  • Transmisi: Kotak gear 6-kelajuan dengan nisbah gear disemak semula dan ciri klac antigelincir Slip and Assist Clutch (ASC) untuk kawalan lebih ringan

Casis, Pengendalian Dipertingkat

Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026

Kedua-dua model mengekalkan pengendalian lincah yang menjadi identiti. tetapi kini ditambah baik melalui kemas kini komponen utama casis bagi menjamin kualiti tunggangan lebih premium.

  • Kemas Kini Frem: Trident 660 menggunakan frem yang disemak semula, manakala Tiger Sport 660 dilaraskan untuk memuatkan konfigurasi enjin baharu
  • Suspensi Trident: Dilengkapi unit monoshock Showa baharu jenis boleh laras prabeban dan lantunan (belakang), dan fork terbalik (USD) Showa 41mm SFF-BP (depan)
  • Suspensi Tiger Sport: Fork USD Showa di depan dan monoshock Showa boleh laras prabeban hidraulik jenis kawalan jauh (belakang)
  • Sistem Brek: Brek cakera kembar 310mm dengan kaliper Nissin 2-piston di depan dan brek cakera tunggal 255mm (belakang) yang dilengkapi salur brek berjalin (braided)
  • Roda: Rim tuang aluminium ringan dengan tayar Michelin Road 5 untuk cengkaman tinggi dalam pelbagai kondisi suhu dan cuaca

Teknologi Penunggang, Ciri Keselamatan

Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026

Triumph melengkapkan model 2026 dengan pakej teknologi komprehensif sebagai ciri standard bagi meningkatkan keselamatan dan kemudahan navigasi sepanjang perjalanan.

  • Mod Tunggang: Sistem terotel elektronik ride-by-wire (RBW) menyediakan tiga mod tunggang: Sport, Road dan Rain yang mengoptimum respons enjin
  • Sistem IMU: Penggunaan unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi menawarkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Belokan Dioptimum (Optimised Cornering ABS) dan Kawalan  Traksi Belokan Dioptimum (Optimised Cornering Traction Control) yang berfungsi mengikut sudut miring
  • Bantuan Tunggang: Dilengkapi ciri anjakan pantas Triumph Shift Assist untuk menukar gear naik-turun tanpa klac, dan Kawalan Jelajah dengan satu sentuhan sebagai ciri standard
  • Panel Meter: Gabungan skrin TFT berwarna dan LCD dengan aplikasi MyTriumph Connectivity untuk navigasi belok demi belok (turn-by-turn), kawalan muzik dan panggilan
  • Sistem Lampu: Lampu LED penuh dengan rekaan lampu depan baharu yang disepadu lampu siang (DRL)

Rekabentuk Luaran, Ergonomik

Sisi visual kedua-dua model turut diberikan perhatian dengan gaya lebih moden dan peningkatan ciri praktikal untuk kegunaan harian atau perjalanan jarak jauh.

  • Gaya Trident: Tampil lebih sasa dengan tangki bahan api lebih lebar dan pelana terpisah antara penunggang dan pembonceng
  • Gaya Tiger Sport: Panel depan dan kowl radiator baharu untuk perlindungan cuaca lebih baik serta gaya lebih tajam
  • Kapasiti Bahan Api: Tiger Sport 660 kini dilengkapi kapasiti tangki lebih besar 18.6 liter untuk jarak perjalanan lebih jauh
  • Visor Angin: Unit Tiger Sport 660 boleh dilaras ketinggian manual antara 1,312mm – 1,395mm dengan satu tangan
  • Pilihan Warna: Warna premium baharu seperti Cosmic Yellow (kuning) dan Stone Grey (kelabu) untuk Trident 660, dan Interstellar Blue (biru) dan Silver Ice (perak) untuk Tiger Sport 660

Spesifikasi Teknikal

Triumph Trident 660

Triumph Trident 660 2026

  • Enjin 4-lejang 12-injap 3-silinder sebaris 660cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api  elektronik (EFI) multipoin sekuensial dan kawalan terotel elektronik (ETC)
  • Output kuasa 95ps @ 11,250rpm, dan tork 68Nm @ 8,250rpm
  • Ekzos keluli tahan karat 3-kepada-1 (3-to-1) dengan damper underslung
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan jenis basah multiplat dengin ciri klac antigelincir ASC
  • Frem keluli tubular perimeter
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
  • Rim aloi tuang 5 jejari, 17 x 3.5 inci (depan), dan rim aloi tuang 5 jejari, 17 x 5.5 inci (belakang)
  • Tayar 120/70 R 17 (depan), dan 180/55 R 17 (belakang)
  • Suspensi fork terbalik (USD) Showa SFF-BP 41mm dengan jarak travel 120mm (depan),  dan monoshock RSU Showa boleh laras prabeban dan lantunan dengan jarak travel 130mm
  • Sistem brek cakera kembar 310mm dengan kaliper sliding OCABS 2-piston, (depan), dan brek cakera tunggal 255mm, dengan kaliper sliding OCABS 1-piston (belakang)
  • Tinggi pelana 810mm
  • Berat basah 195kg
  • Kapasiti tangki 14 liter
  • Selang servis 16,000km atau 12 bulan

Triumph Tiger Sport 660

Triumph Tiger Sport 660 2026

  • Enjin 4-lejang 12-injap 3-silinder sebaris 660cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) multipoit sekuensial dan kawalan terotel elektronik (ETC)
  • Output kuasa 95ps @ 11,250rpm, dan tork 68Nm @ 8,250rpm
  • Ekzos keluli tahan karat 3-kepada-1 (3-to-1) dengan damper underslung
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan jenis basah multiplat dan dilengkapi ciri klac antigelincir ASC
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
  • Frem keluli tubular perimeter
  • Rim aloi tuang 5 jejari, 17 x 3.5 inci (depan), dan rim aloi tuang, 5 jejari, 17 x 5.5 inci (belakang)
  • Tayar 120/70 R17 (depan), dan tayar 180/55 R17 (belakang)
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) Showa SFF-BP 41mm dengan jarak travel 150mm (depan), dan
    monoshock RSU Showa boleh laras prabeban hidraulik kawalan jauh dengan jarak travel 150mm (belakang)
  • Sistem brek cakera kembar 310mm dengan kaliper sliding OCABS 2-piston (depan), dan cakera tunggal 255mm dengan kaliper sliding OCABS 1-piston (belakang)
  • Tinggi pelana 835mm
  • Berat basah 211kg
  • Kapasiti tangki 18.6 liter
  • Selang servis 16,000km atau 12 bulan
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Trident 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
Triumph Tiger Sport 660 2026
naked bike roda2 sportbike Triumph Triumph Motorcycles Triumph Tiger Sport 660 Triumph Trident Triumph Trident 660
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.