Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Triumph Speed Twin 1200 Cafe Racer Edition, 800 Untuk Dunia, Masuk ke Malaysia?
Auto Terkini

Triumph Speed Twin 1200 Cafe Racer Edition, 800 Untuk Dunia, Masuk ke Malaysia?

Abang HirataBy Abang Hirata27/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TRIUMPH Motorcycles memperkenalkan Speed Twin 1200 Cafe Racer Edition, sebuah model edisi terhad yang mengambil inspirasi daripada jentera cafe racer British era 1960-an.

Model eksklusif ini hanya dikeluarkan sebanyak 800 unit sahaja untuk pasaran seluruh dunia, di mana setiap satunya dibina berasaskan model Speed Twin 1200 RS.

Setiap unit akan disertai dengan sijil ketulenan bagi menjamin nilai eksklusiviti jentera edisi terhad ini sebagai barangan koleksi.

Ciri-Ciri Khas

Speed Twin 1200 Cafe Racer Edition tampil dengan reka bentuk badan yang ringkas dan bahagian belakang tirus, sekali gus menyerlahkan bentuk atletik yang lebih mantap.

Imej sport cafe racer ini diperkukuh dengan penggunaan hendal jenis clip-on yang memberikan posisi tunggangan rendah dan menunduk.

Selain itu, skema warna model ini menggabungkan elemen moden yang anggun dengan warisan perlumbaan klasik British yang ikonik.

  • Tangki bahan api menggunakan warna Aluminium Silver sebagai tona utama untuk kesan keluli yang moden, kemas dan menyerlah.
  • Grafik warna Competition Green yang diinspirasikan daripada warna hijau perlumbaan British klasik.
  • Garisan coachline Empire Gold yang dilukis dengan tangan memisahkan transisi warna pada tangki untuk memberikan sentuhan premium.
  • Grafik Cafe Racer Edition dalam warna Empire Gold menghiasi bahagian tangki bagi menonjolkan identiti eksklusifnya.
  • Panel sisi berwarna Competition Green menampilkan grafik Nombor 12 dalam warna Aluminium Silver.
  • Tempat duduk jenis bullet berwarna coklat disertakan dengan penutup cowl belakang yang boleh ditanggalkan untuk profil jentera tunggal yang kemas.
  • Perincian termasuk cermin hujung hendal, lencana penutup klac dan alternator bergaris, penutup bolt kepala silinder hitam serta pad lutut pada tangki.
  • Madgad hadapan dan belakang daripada aluminium brushed memberikan kontras menarik kepada elemen perak dan hijau pada keseluruhan jentera.
  • Pemijak kaki pembonceng ditanggalkan secara standard namun tetap dibekalkan di dalam kotak sekiranya pemilik mahu memasangnya semula untuk kegunaan dua orang.

Pengendalian

Bagi penunggang yang mencari pengalaman tunggangan lebih dinamik dan mengujakan, model ini menawarkan posisi yang lebih fokus melalui penggunaan hendal clip-on rendah.

  • Fork terbalik Marzocchi 43 mm di hadapan yang boleh laras sepenuhnya untuk prabeban, mampatan dan lantunan dengan jarak gerak roda 120 mm.
  • Penyerap hentak Öhlins di belakang dengan takungan luaran yang juga boleh laras sepenuhnya dengan jarak gerak roda 123 mm.
  • Sistem brek menggunakan kaliper radial kembar Brembo Stylema dengan cakera 320 mm di hadapan serta tuas Brembo MCS.
  • Tayar berprestasi tinggi Metzeler Racetec RR K3 dibekalkan sebagai standard untuk memberikan cengkaman dan maklum balas yang konsisten pada tuas brek.

Enjin Bonneville 1200

Kuasa jentera ini datang daripada enjin kembar Bonneville 1200 mampatan tinggi yang memberikan prestasi sport yang mantap di sepanjang julat putaran enjin.

  • Enjin: 1,200 cc, SOHC, 2 silinder selari, 8 injap, sejukan cecair
  • Nisbah mampatan: 12.1:1
  • Kuasa maksimum: 103.5 hp @ 7,750 rpm
  • Tork maksimum: 112Nm @ 4,250 rpm
  • Konfigurasi: Turutan pembakaran 270 darjah dengan aci engkol inersia rendah memastikan respons pendikit serta-merta dan penghantaran kuasa yang penuh karakter.
  • Sistem 2 ke 2 keluli dengan dua peredam bunyi keluli tahan karat

Teknologi dan Elektronik

Meskipun mengekalkan karekter klasik, jentera ini dilengkapi pelbagai teknologi moden yang disepadukan secara kemas untuk menyesuaikan pengalaman tunggangan.

  • Tiga mod tunggangan iaitu Road, Rain dan Sport yang menyelaraskan respons enjin mengikut keadaan jalan dan keutamaan penunggang.
  • Optimised Cornering ABS dan Kawalan Cengkaman dipasang sebagai sistem standard untuk tunggangan yang lebih terkawal.
  • Sistem Triumph Shift Assist yang membolehkan pertukaran gear pantas tanpa klac, disorokkan secara kemas di belakang tuas penukar gear.
  • Paparan LCD dan TFT yang ditempatkan di dalam dial bulat tradisional untuk mengekalkan rupa klasik sambil menyokong navigasi turn-by-turn serta ketersambungan telefon.
  • Soket pengecas USB-C yang disepadukan secara tersembunyi bagi mengekalkan kekemasan jentera.

Kemasan Premium

Reka bentuk malar segar jentera ini digabungkan dengan kejuruteraan canggih serta teknologi moden dalam setiap perincian klasiknya.

Penampilan yang kemas dibuat melalui susunan kabel serta hos yang disorokkan secara teliti.

  • Tangki bahan api menampilkan garisan condong dengan potongan dalam di bahagian hadapan serta penutup tangki jenis flip-up yang praktikal.
  • Casis enjin menggunakan kemasan serbuk hitam (black powder-coated) yang dipadankan dengan peredam bunyi kompak bagi menonjolkan karakter jentera.
  • Lampu hadapan bulat yang elegan menggunakan teknologi LED sepenuhnya dengan lampu siang hari DRL yang tersendiri.

Harga UK

Di sesetengah pasaran, Triumph Speed Twin 1200 Cafe Racer Edition akan mula berada di pusat pameran bermula Mac 2026.

Di pasaran United Kingdom, jentera ini ditawarkan pada harga bermula £15,995 (RM86,884).

Pelanggan di UK boleh membuat tempahan melalui sistem Reserve My Triumph, manakala pasaran utama lain akan mula menerima perkhidmatan tempahan ini secara berperingkat bermula musim bunga 2026.

Triumph Triumph Speed Twin Triumph Speed Twin 1200 Triumph Speed Twin 1200 Cafe Racer Edition
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

27/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

27/01/2026
Auto Terkini

Nissan Ariya Concept Dengan Kuasa Solar, Jarak Bertambah Sehingga 23 km!

27/01/2026
KLIA T1 perkenal laluan merah dan hijau untuk pelancong asing
Auto Terkini

KLIA Terminal 1 Laksana Laluan Hijau, Merah untuk Penumpang Antarabangsa

27/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.